in ,

Jatuh Cinta Dengan Pangandaran. Err, Pangandaran Itu Dimana?

pangandaran6

Jujur, ini juga merupakan kali pertama saya mendengar kabupaten atau daerah Pangandaran dikunjungi oleh pelancong dari negara kita. Walaupun saya sudah tiga kali menjejakkan kaki di bahagian kepulauan Jawa, Indonesia, tidak pernah seorang pun memperkenalkan saya dengan negeri ini.

Apabila saya mengikuti cerita yang telah dimuatnaik oleh Tuan Afham, huish, hati mula meronta-ronta tak keruan. Saya perlu ke sana suatu hari nanti. Saya juga ingin jatuh cinta dengan alam yang Tuhan anugerahkan buat manusia dan seluruh ciptaannya.

Squad Goals
Squad Goals

Begini ceritanya…

Mungkin ramai sahabat saya yang tak pernah dengar pun daerah Pangandaran ini. Ah ! Jakarta Bandung itu terlalu ‘biasa’. Dari awal ketibaan memang teruja nak berkongsi kisah keindahan alami Nusantara ini.

Serba sedikit tentang Pangandaran, berasal dari perkataan Pangan iaitu Makanan dan Andar- Andar iaitu Perlabuhan. Daerah ini dinamakan sebagai pantai terbaik di Jawa Barat kerana lokasi strategik nya yang menemukan sudut Timur dan Barat yang mana membolehkan kita melihat terbit dan tenggelam nya Matahari. Pekerjaan utama disini ialah dalam bidang perikanan dan pertanian(padi). Pangandaran juga tak terlepas dari bencana Tsunami yang dahulu mengorbankan lebih kurang 800 orang.

Aduh, jantung abang berdegup kencang
Aduh, jantung abang berdegup kencang

Trip saya kali ini bersama Team ‪#‎ProjekHijo‬ yang mana menggunakan khidmat bantuan agensi perlancongan disana.

Perjalanan kami mengambil masa kira kira 10Jam dari Jakarta. Perjalanan selama 10 jam ini merentasi Bandung, Tasek Malaya, dan juga Banjar. Bertolak jam 10 Malam dan tiba lebih kurang jam 9 Pagi.

Hari pertama kami di Pangandaran terus dibawa melihat ke indahan Pantai Batu Hiu, pantai ini letak nya berhadapan Lautan Hindi, juga merupakan antara tumpuan pelancong terutama dari Eropah bagi mereka yang gemar akan sukan “Surfing Board”.

Kami juga turut dibawa melihat pusat pemuliharan penyu. Disini mereka menubuhkan pusat pemuliharan penyu tersendiri bagi memastikan penyu penyu ini terus terpelihara dari ancaman luar.

pangandaran3
Mata bertentang mata, berguguran bicara

Di sebelah tengah hari nya kami terus dibawa ke Green Canyon yang mana merupakan tujuan utama kami disini. Tiada apa yang dapat digambar apabila melihat kehijauan air nya dan dipukau lagu dengan keindahan ” Rocky Wall” disepanjang perjalanan.

Pada malam nya kami dibawa makan malam ditepian pantai untuk menikmati makanan laut nya.

Keesokan Hari nya, jika anda bangun awal, anda boleh terus ke arah pantai melihat matahari terbit. Antara tarikan menarik disitu bukan hanya pada matahari terbit nya, tapi juga dapat melihat rusa rusa jinak yang keluar mencari makan di Pagi hari. Rusa rusa ini keluar nya dari Taman Cagar Alam dan bebas berkeliaran sekitar kampung, kata salah seorang dari team kami.

pangandaran4

“Rusa disini macam lembu kambing kat Malaysia”

Jam 8.00 Pagi kami meneruskan perjalan ke destinasi akhir iaitu Gua Lanang. Kalau mengikut kepada wakil dari GL tersebut, tempat ini baru sahaja dibuka kepada pelancong, sekitar satu tahun. Dan kami adalah kumpulan “Malaysia” pertama yang sampai disini. Antara aktiviti menarik disini ialah terjun dari jambatan yang tinggi nya sekitar 6M menyamai 2 tingkat bangunan, “River Ban” iaitu aktiviti meredah sungai menggunakan tiub tayar sepanjang 990M, kemudian meredah Gua Petir sepanjang 366M melihat stalagtit dan stalagmit semulajadi. Untuk sampai ke sini kita akan melalui perkampungan dan sawah bendang disepanjang jalan.

BAGAIMANA CARA KE PANGANDARAN?

Dikongsi oleh Kapten Ahmad Tarmizi

1. Menaiki bas
2. Menaiki kereta
3. Menaiki kapal terbang

Dengan jumlah 22 orang dari Malaysia, tentunya pilihan kami menaiki bas. Perjalanan ke Pangandaran mengambil masa yang panjang, bergantung tempat kita bermula.

pangandaran2

+ Jakarta-Pangandaran (355 KM)

Memandangkan kami bermula dari Jakarta, ia mengambil masa 10-11 jam.

Untuk pengangkutan awam, korang perlu ke Terminal Kg. Rambutan. Bas akan melalui Jakarta-Bandung-Tasik Malaya-Banjar-Pangandaran.

Harga tiket bas adalah IDR55,000 (RM18.30) untuk tanpa A/C dan IDR85,000 (RM28.30) untuk A/C.

Oleh kerana kami menggunakan khidmat travel tours ke Pangandaran, mereka pick up dari airport. Ini pilihan kami berikutan cadangan yang diberi oleh guide pertama pilihan saya (sebelum menukar guide lain atas beberapa faktor).

Tambahan pula, tiket kapal terbang murah dari Jakarta dan ramai yang tidak pernah ke kota ini.

+ Yogyakarta-Pangandaran (254 KM)

Dari Yogyakarta, ia mengambil masa 6-7 jam. Di Yogya, korang pergi ke Terminal Yogyakarta dan akan melalui Yogyakarta- Cilacap-Kalipucang-Pangandaran.

Harga tiket bas adalah IDR65,000 sekitar RM28.30.

Senja pun melabuhkan tirainya
Senja pun melabuhkan tirainya

+ Bandung-Pangandaran (216 KM)

Dari Bandung, ia mengambil masa 5-6 jam. Korang boleh ambil bas awam di Terminal Cicaheum dan bas akan melalui Bandung-Tasik Malaya-Banjar-Pangandaran.

Harga tiket bas adalah IDR40,000.

Nota: IDR30,000 = RM10

2. Untuk menaiki kereta, korang boleh saja sewa dari mana-mana khidmat sewa kereta. Harga sewa adalah mengikut hari, dan bayaran sewa kereta dipecahkan seperti berikut:

+ harga sewa kereta
+ minyak
+ tol
+ supir
+ makan minum supir
+ penginapan supir

Semasa menyewa, korang kena confirmkan betul-betul tentang pembayaran, tidaklah nanti terkejut dengan bayaran tambahan.

Klasik!
Klasik!

3. Pilihan ini sesuai untuk korang yang tak suka perjalanan berjam-jam dalam bas atau kereta.

Naik kapal terbang dari Jakarta-Nusawiru (Pangandaran) dari Bandara Halim Perdanakusuma. Harga untuk perjalanan ke Pangandaran menggunakan Susi Air adalah IDR520,000 seorang.

ANGGARAN KOS

(RM1 bersamaan RP3000)

+ Kemasukan ke Green Canyon RP150,000 satu boat (5 orang)

+ Kemasukan ke Gua Lanang tidak pasti sekitar RP50,000 sekepala

+ Pantai Batu Hiu percuma

+ Anggaran tiket Bas dari bandar bandar besar seperti Jakarta – Bandung adalah lebih kurang RP50k -100k, berapa bandar yang anda akan lalu itu terserah pada perjalanan.

Kami ambil travel agen kos dalam lingkungan RM350-450. Untuk memudahkan perjalanan kami.

Untuk kos makan dan minum anggaran sehari RP50,000.

Serius, siapa tak terliur dengan tawaran yang sebegini hebat. Uish, rasa nak cari tiket flight ke Jakarta sekarang juga!

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemuda Ini Diberi Peluang Merakam Perjalanan Keretapi Yang Sedang Bergerak. Awesome!

Itinerari Lengkap 6 Hari 5 Malam ke Jakarta – Pangandaran – Bandung