in ,

Tips Pengembaraan : Perbandingan Kos Penginapan di Negara Asia Tenggara

Kos di Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Singapore, Malaysia, Indonesia, Philippines, Myanmar

Asean_Map

Asia Tenggara merupakan satu kelompok negara yang terkenal dikalangan backpackers. Hal ini kerana kos yang diperlukan untuk travel ke kawasan Asia Tenggara jauh lebih murah berbanding di kawasan yang lain. Tapi harus kita ingat, tanpa pengetahuan yang lengkap tentang sesebuah negara boleh mengakibatkan segala budget kita lari dan percutian indah yang kita idamkan akan menjadi mimpi buruk yang takkan pernah kita lupa!

Haa jadi sebelum kita menetapkan negara mana yang kita nak pergi, elok kita rajinkan diri kita untuk membuat sedikit perbandingan antara negara-negara ini. Alamak! Apa korang malas?! Jangan panik! Admin theruka ini sangat mulia hatinya. Kami akan buat perbandingan untuk anda.

southeastasia_dorm_bed_prices__large
The average price for hostel in USD

Nah perbandingan untuk korang semua. Mahal atau murah kos penginapan bergantung kepada individu. Ada individu tak kesah bayar mahal asalkan selesa. Ada individu tak kesah tak selesa asalkan bayar murah. Berbalik kepada tajuk. Memandangkan harini admin lebih menjurus kepada backpacking, jadi tahap keselesaan bilik pun agak average. Bilik include katil tapi mungkin tanpa penghawa dingin hanya kipas meja.

So jom kita go trough setiap satu negara!

THAILAND – Ringkasan : Harga di utara Thailand lagi murah berbanding di selatan Thailand. Sebabnya adalah kerana kat selatan Thailand inilah adanya pulau dan pantai yang cantik. Kalau tengok perbezaan harga antara menginap di kawasan pantai dan kawasan ceruk, boleh mengjangkau ke dua kali ganda!

Senang cerita kalau korang duduk kat Bangkok, average dorm rate $7 semalam. Tapi kalau nak duduk kawasan Phi Phi Island tu rate $13 semalam. Lagi kalau musim perayaan dan waktu cuti sekolah boleh mencecah $15 semalam.

Basic private room, fan with shared bathroom (NORTH) : $7.69
Basic private room, fan with shared bathroom (SOUTH) : $13.21

laos

LAOS – Ringkasan : Basically kat Laos memang segalanya murah! Kalau korang teringin nak ke luar negara tapi budget ciput, eloklah korang ke Laos ni. Dekat sini tempat penginapan memang super murah!

Hostel dorm bed average : $5.72
Basic private room average : $10.52

VIETNAM – Ringkasan : Mahal sedikit sahaja tapi masih masuk akal.Dari segi penginapan harus diakui di Laos jauh lebih murah. Tapi orang kata makanan di Vietnam pula jauh lebih murah. Dan Vietnam ni popular di kalangan mak-mak kita. Yelah semua mesti akan terbayang-bayang baju kurung Vietnam yang dijual di pasar Kemboja dengan harga serendah RM30. Dekat Malaysia boleh jadi RM80 sepasang! Kalau korang nak tahu, tudung clone Neelofar hijab pun dikatakan dikilangkan secara besar-besaran kat sini!

Hostel dorm bed average : $6.88
Basic private room average $9.15

Angkor-Cambodia

CAMBODIA – Ringkasan : Mahal sedikit berbanding Laos tapi masih masuk akal.Ni pun sama. Murah. Cuma tak ada la banyak pantai atau pulau cantik. Salah satu tarikkan di Cambodia Angkor Wat. Korang tau ke tidak Angkor Wat? Kalau korang tak tahu, ketahuilah bahawa zaman sekolah anda merupakan zaman yang sia-sia. Haha!

Hostel dorm bed average : $5.99
Basic private room average : $8.84

Singapore-Ringkasan : Mahal macam travel ke negara Eropah!Kalau korang rasa nak backpacking ke Singapore dengan budget yang minima, batalkanlah niat tu. Unless korang nak stay di Johor Bahru dan sanggup redah kesesakan traffik yang amat teruk!

Hostel dorm bed average : $17.34
Basic private room average : $23.10

MALAYSIA –Yang ni admin sengaja biarkan korang terkapai-kapai agar korang tahu apa yang boleh korang bualkan dengan pakcik makcik korang masa berziarah rumah diorang. Contoh macam,

“Mak Teh, homestay dekat depan tadika tu berapa semalam?” Haaaa gitu!

Indonesia-74935

INDONESIA – Ringkasan : Kalau korang stay di kawasan Pelancongan, mahal. Tapi kalau dekat rural area, masih murah.Kalau korang nak tahu, couple years ago, Indonesia ni terkenal antara negara Asia yang living costnya rendah. Tapi sebab negara Indonesia ni dah semakin popular di kalangan backpackers, malah jauh popular lagi dari Malaysia, penduduk kat sana mula menaikan harga-harga massively.

Hostel dorm bed average : $9.58
Basic private room average : $13.16

 

FILIPINA – Ringkasan : Sedikit mahal tetapi berbaloi. Phillipines ni kaya dengan pulau yang indah. Jadi untuk harga hotel yang sedikit mahal tu boleh dikatakan reasonable dengan ketenangan yang korang boleh dapat sepanjang backpacking ke sana. Win-win situation orang kata.

Hostel dorm bed average$9.82
Basic private room average : $12.42

attraction_teaserL

MYANMAR – Ringkasan : Mahal, tapi kos yang lain dah off set kos penginapan yang mahal.Di Myanmar memang tak dinafikan kos penginapan memang mahal. Tapi kerana Goverment Myanmar kurang fokus kepada industry Tourism,umummnya banyak kos lain yang diorang tak state minumum price untuk pelancong asing. Contoh kalau korang naik Taxi, korang tak akan kena extra charged for being a foreigner tourist. Tu yang indahnya di bumi Myanmar. Tapi kawan-kawan, yang ni mungkin tak permanent. Enjoy while it still lasts.

Hostel dorm bed average : $14.17
Basic private room average : $18.21

Macam tajuk tu cakap. Guide. Basically entry ni cumalah guideline semata-mata. Sebagai panduan asas. Kalau korang nak detail, korang kena buat extra job sikit. Rajinkan mengoggle. Tapi insyaAllah dalam bulan ni jugak admin akan cuba usahakan untuk bagi detail lengkap dan terkini berserta segala kos (dalam RM) untuk backpacking di negara-negara Asia Tenggara ni.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 Tips untuk Alami Keseronokan Maksima di Universal Studios Singapore

Itinerary dan Tips Lengkap 4 Hari 3 Malam ke Pulau Weh, Bandar Acheh dengan kos RM340