in

10 Lokasi Adventure di Malaysia Yang Menjadi Idaman Semua Traveller

Daripada 10, sudah berapa yang anda tawan?

1Hidup ini adalah suatu pengembaraan. Dan betapa sayangnya jika kita hanya tinggal dalam zon selesa kita dan tidak mencuba sesuatu yang baru.

Artikel ini diwujudkan untuk menggalakan gaya hidup sihat melalui aktiviti trekking dan hiking. Dah lah ekonomi kita sedang merosot, apa kata kita explore dulu keindahan alam sekitar yang ada di Malaysia.

Mantan Menteri Belia dan Sukan kita sendiri mengaku bahawa alam sekitar di Malaysia sebenarnya amat cantik jika dibandingkan dengan negara luar.

Bagi mereka yang tak habis-habis dan jemu nak komen “Tak ajak pun” di media sosial, jadi kan artikel ini untuk memberi inspirasi untuk “mengajak” kawan-kawan anda. Bukankah tangan yg memberi (mengajak) lebih baik dari tangan yang menerima (menerima ajakan)? 😛

Kesemua adventure destination dalam artikel ini sesuai untuk dijadikan aktiviti daypack di hujung minggu. Jika anda inginkan level seterusnya iaitu camping, sila terus like dan follow page RaonRaon selaku penyumbang utama kepada artikel ini. Jangan lupa share kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara. Benda baik kan elok dikongsi. Yaahaha!

Bukit Tabur13781741_181109272303159_6972002117192443993_n

Bukit Tabur juga famous di kalangan pendaki-pendaki baru. Sape yang keberatan nak drive jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya.

Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, anda juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak. Mencabar dan menarik pada masa yang sama. Panjat punya panjat, kalau tertengok bawah kecut jugak bro!

Ada dua trail untuk bukit ini; Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek nya yang lebih user-friendly.

Walaupun user-friendly, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.

Bukit Broga13770459_181109328969820_3194744971575066724_n

Kalau sebut je pasal nak start hiking, mesti ramai orang akan recommend Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking.

Tak terlampau susah, tak terlampau senang. Bak kata omputih, just nice gitu. View kat puncak pun memang terbaik. Scene org photoshoot gambar kahwin memang normal lah kat sini.

Tapi satu je, sebab dia famous sangat and easily accessible, silap haribulan kena redah “traffic jam” nak naik ke puncak.

Jumpa lagi ngan puak-puak yg tak reti nak kasi can kat org lain nak bergambar, memang menyirap beb. Haha!

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 1 jam driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan

Sungai Pisang

13775549_181109515636468_2428335359967259859_n

Susah nak “Pishang” di Sungai Pisang. Ada waterfall dan sungai yang jernih memang amat menyegarkan. Pokok-pokok pun banyak nak buat hammock party. Hammock party je tau, parti-parti lain yang tak senonoh tidak dibenarkan.

Waterfall di sini amat terkenal dengan aktiviti waterfall abseiling dan zipline. Tak berminat main tinggi-tinggi? Gayat? Mandi manda di air sungai, layan massage di air terjun pun cukup feeling dah.

Sungai Pisang ni amat dekat dengan pusat Bandar, terletak di Tepi Highway Karak. Tidak digalakkan untuk parking di tepi jalan kerana banyak kes pecah kereta. Jalan alternatif yang lebih baik adalah melalui Jalan Gombak Lama. Pastikan anda buat study dulu sebelum mula hiking.

Kesimpulan
Lokasi: Gombak, Selangor. 40 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 – 40 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Sungai Chiling

13256125_181109672303119_5012873994848169274_n

Air terjun yang terdapat di Sungai Chiling boleh dikatakan yang terbaik yang ada di Selangor. Sungai yang jernih ditambah dengan anak-anak ikan yang berenang keriangan pasti akan membuat anda bahagia.

Terdapat yuran yang amat minima dikenakan sebelum mula trekking ke air terjun. Bilangan bag plastik dan bekas makan juga akan dikira sebelum masuk dan deposit akan dikenakan. Deposit akan dikembalikan apabila jumpa plastik/bekas yang dibawa masuk sama dengan yang dibawa keluar.

So pendek cerita, memang bersih la Sungai Chiling ni. For sure boleh “Chilling” di Chiling.

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor. 1 jam 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Mossy Forest

13686609_181109782303108_3510264649790096562_n

“I think I’m quite ready for another adventure” ujar Bilbo Baggins. Tak kenal Bilbo Baggins? Hmm kesiannn…

Bila anda trekking di Mossy Forest, anda akan rasa seolah-olah di dalam filem “Lord of the Rings”. Pokok berlumut, kabus, sejuk, nafas berkabus semua ada di Mossy Forest. Nasib baik Nazgul takde (LOTR fans will know)

Disebabkan iklim yang sejuk dan lembap, keadaan trek agak berlumpur. Kasut yang boleh diikat kemas amat digalakkan. Kalau tak amat tinggi kebarangkalian kasut tertinggal dalam lumpur.

Kesimpulan
Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highlands. 3 jam driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 -4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Lata Medang

13872769_181109875636432_2982400063866501946_n

Adakah anda peminat Air Terjun? Kalau ya, Lata Medang ada tempat hiking yang terbaik untuk anda!

Trek Lata Medang agak licin (kena redah sungai) dan kasut yang sesuai amat diperlukan. Tak perlu nak hiking shoe bagai, kasut getah RM5 pun okay (Takde alasan :P)

Amat digalakkan untuk membuat sedikit study sebelum memulakan trip hiking ke Lata Medang. Tiada papan tanda sepanjang perjalanan dan terdapat banyak simpang-simpang yang menyesatkan. Ada kemungkinan hiking punya hiking, tiba-tiba sampai kat Bukit Kutu. Masakkk.

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bahru, Selangor. 1 jam 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Perlu pergi bersama orang yang pernah sampai ke Lata Medang untuk first timer.

Lata Jerangkang

13782186_181110162303070_7310697792658304331_n

Anda ada 4×4 (powil) tapi tak pernah guna gear 4×4 tersebut? Apa kata test kebolehan 4×4 tersebut untuk sampai ke Lata Jerangkang. Jalan offroad yang agak jauh dan mencabar pasti akan memberikan anda adrenaline rush!

Tapi kalau takde powil pun usah risau. Terdapat servis powil yang akan menghantar anda ke hiking point. Perjalanan offroad 40 minit pasti akan membuat buntut anda berasa kebas-kebas semut.

Kalau nak guna kereta sendiri pun boleh; boleh tanggung sendiri akibatnya..

Kerana lokasi Lata Jerangkang yang agak dalam dan jauh daripada pencemaran, air terjun dan sungai di sini amat jernih. Kalau bernasib baik, boleh melihat burung hornbill terbang keriangan. Terdapat juga tempat untuk free dive (tiruk) setinggi 15 kaki untuk adrenaline addicts.

Kesimpulan
Lokasi: Maran, Pahang. 2 jam 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Canopy Walk

13669831_181110375636382_1957888955667589445_n
Nampak senang kan? Tapi jangan sesekali memandang enteng ya. Tarikan utama adalan jambatan gantung setinggi 30 meter dr aras tanah.

30 meter tak tinggi? Tahu tak ketinggian lelaki dewasa di Malaysia pun kurang dari 2 meter? Tinggi bang, memang gayat goyang lutut gak weiii.

Di sepanjang Canopy Walk, anda boleh melihat bangunan yang tinggi di pusat bandar KL. Terdapat juga kawasan lapang yang berdekatan dengan air terjun, sesuai untuk piknik.

Nota dari Website FRIM
“We wish that some information in the post could be edited as for safety reason, FRIM has decided recently a guide must be engaged for all visitors visiting the Canopy Walkway.”

Kesimpulan
Lokasi: Kepong, Kuala Lumpur. 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Bukit Batu Putih

13769438_181110662303020_4286870835393462295_n

Hiking santai-santai dan apabila sampai di puncak, dapat melihat view laut biru yang amat cantik. Itulah definisi keindahan.

Puncak bukit ini amat sesuai untuk permandangan sunrise dan sunset. Kalau takleh bangun awal pagi, layan sunset je lah jawapannya 😛

Terdapat satu lighthouse di Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado lighthouse yang merupakan lighthouse pertama di Malaysia. Dipercayai dibina pada abad ke-16, sewaktu penjajahan Portugis.

Kesimpulan
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan. 1 jam 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Bukit Gasing

13754339_181110892302997_1033522577975928218_n

Bukit Gasing juga merupakan tempat terbaik untuk first-time hikers. Terletak di tengah-tengah kota sesak antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, tempat ini telah menjadi trek popular untuk aktiviti hiking santai di hujung minggu.

Antara tarikan utama di sini adalah watch tower dan jambatan gantung yang merentasi sungai yang akan memberi sedikit rasa cemas. Anda boleh melihat permandangan sekitar melalui watch tower.

Kesimpulan
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor. 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Facebook.com/raonraon.excapade
Instagram.com/raonraon.excapade

Haaa, tunggu apa lagi. Dah boleh mulakan kembali rutin harian berjogging untuk dapatkan balik stamina supaya kita tak cepat letih sewaktu menjelajahi ke tempat-tempat yang telah dicadangkan di atas. Sekali lagi, jangan lupa share, dan ajak kawan-kawan anda. Jom kita sihat sama-sama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Catatan Kembara di Bumi Jawa

“The Bund” Apa tu ? Wanita Ini Kongsi Tips Dan Pengalaman Nya di Shanghai !