in

MAS Umum Promosi Tambang Murah Untuk 2 Hari Bermula Sekarang!

malaysia-airlines-867508_1920

Baru sahaja semalam syarikat gergasi tambang murah kesayangan kita – Airasia mengumumkan promosi bersempena dengan hari kemerdekaan, hari ini Malaysia Airlines (syarikat penerbangan kebanggaan kita) mengumumkan promosi tambang murah ke beberapa destinasi domestik dan antarabangsa bermula pada jam 00:01 (Selasa, 23/8) sehingga 23:59 (Rabu, 24/8).

Promosi ‘HERE, THERE, EVERYWHERE ON SALE‘ yang diumumkan ini melibatkan lebih dari 20¬†destinasi domestik dan antarabangsa dengan tiket bermula dengan harga RM99 untuk penerbangan sehala bagi beberapa destinasi domestik.

Tarikh penerbangan adalah dari 2 September 2016 hingga 8 Mac 2017. Sesuai sangatlah untuk anda merancang holiday bersama keluarga tercinta waktu cuti sekolah nanti. Kan?

Berikut saya kongsikan beberapa maklumat mengenai promosi ini yang terpapar di laman Malaysia Airlines.

1

Anda boleh dapatkan tiket ke London dengan harga RM999 sehala. Sangat murah daripada biasa! Walaupun tak dapatlah lawan promosi tambang murah syarikat penerbangan lain (eg: Vietnam Airlines)

2

London jauh sangat? Tak mengapa. Terbang sahaja ke Hong Kong dengan RM399!

3

Tak terasa hendak ke luar negara? Mungkin anda wajar menempah tiket penerbangan ke beberapa destinasi domestik. Fiuh, bayangkan makan nasi kandar di Pulau Pinang. Sedapnya!

4

Atau mungkin ke Phuket?

6

Selepas tonton penutupan Olimpik di Rio oleh Perdana Menteri Jepun, mungkin ada yang teringin ke Tokyo?

7

Warga Sabah, anda juga boleh menikmati manfaat ini untuk terbang ke Shanghai!

Haaa, betul-betul nak suruh kita mengembara ni. Ambil peluang sebaiknya, kalau ada wang lebih, grab saja yang mana sempat! Semoga berjaya dan selamat mengembara!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gadis Genit Ini Tawan 4 Negeri (Perak, Penang, Kedah, Perlis) Dengan RM311.10

Itinerari 9 Hari ke Annapurna Base Camp (Everest) Dengan RM1370. All-in!