in , , , ,

NAK KE PHUKET? KAK RARA KONGSI PENGALAMAN TRAVEL SENSORANG DISANA.

Kalau perempuan boleh pergi Phuket sensorang, kenapa lelaki tak boleh pergi Danok sensorang? ๐Ÿ˜Œ

“Jarang jarang orang share pengalaman ke Phuket kan, kadang kadang tercari cari juga. Ni abam kongsikan pengalaman kawan abam, Cik Eira jalan sana sorang sorang dengan jumlah kos keseluruhan RM600.”

Hai, Cik Eira nak bercerita ni.
Hai, Cik Eira nak bercerita ni.

Selain dari tiket kapal terbang, tempat tidur 3 hari 2 malam, pengangkutan pergi dan balik dari airport ke hotel, dengan RM600 tersebut korang juga akan dapat,

Melawat Pulau Panak

Berkayak di ‘Diamond Cave’ dan ‘Bat Cave’

Berkayak di ‘Hong Island’

Makan tengah hari atas kapal

Melawat Pulau James Bond dan Khao Ping Kan

Naik gajah dalam hutan hujan

Main ‘Flying fox’

Naik ATV

Makan tengah hari ditepi sungai

‘Trekking’ ke Air Terjun Phang Nga

Dan melawat ‘Monkey Cave’

“Syok kan?”

TEMPAT TIDUR

Dekat sana Eira tido di Hotel Tiger, Patong. Nama macam ganas, tapi dalaman nya lawa tau. Hotel ni dekat dengan Banzaan Market betul betul sebelah Jungceylon Shopping. 10 minit perjalan kalau nak ke, Bangla Walk Street, Hard Rock Cafe dan Patong Beach. Paling syok ada JACUZZI huhu, terasa macam bukan backpack pulak.

Harga untuk 2 malam: RM135.80 termasuk tax.

Hotel Harimau..aum...aum...aummm...
Hotel Harimau..aum…aum…aummm…
Penat jalan boleh la tido sini huhu
Penat jalan boleh la tido sini huhu

MAKANAN HALAL

Ada beberapa kedai makanan halal yang Eira nak ‘suggest’ kalau korang pergi Banzaan Market, korang boleh cari kedai nama Bangoh Kitchen dekat tingkat dua. Masa order tu minta la tapau polistrine takut bercampur pinggan, sebab dia macam konsep ‘food court’. Nak bayar semua kena pakai kad, macam Touch&Go topup dan bayar, jangan risau ada baki boleh refund.

Masuk la ikut pintu ni, insyaallah awak takkan sesat sebagaimana saya sesat dalam hati awak ๐Ÿ˜œ
Masuk la ikut pintu ni, insyaallah awak takkam sesat sebagaimana saya sesat dalam hati awak ๐Ÿ˜œ
Kat kedai ni la Eira makan ๐Ÿ˜Œ
Kat kedai ni la Eira makan ๐Ÿ˜Œ
Jangan lupa beli kad topup ni tauuuuu
Jangan lupa beli kad topup ni tauuuuu

Kalau korang suka makanan laut dekat tingkat satu ada banyak pilihan yang segar segar! Dah beli boleh bawak naik atas minta daiorang tolong masak. Weehuuuuuu ! Tapi Eira makan nasi goreng ayam je, 110 Baht atau RM13.20.

Makanan laut segar bugar oi.
Makanan laut segar bugar oi.

Dekat Patong ni juga korang boleh cari Raayan’s Oriental Restaurant. Tapi harga boleh tahan mahal la. Sebab masa tu hujan lebat, Eira jadi lapar ๐Ÿ˜‘ dan disebabkan takda pilihan lain Eira makan juga. Kalau korang nak pergi, pergi la. Eira makan nasi putih, telur dadar, tomyam ayam, ayam masak kari hijau, manggo shake dengan banana shake RM73.25 โ˜น๏ธ

Huuu makanan termahal Eira makan sepanjang hidup ๐Ÿ˜ญ
Huuu makanan termahal Eira makan sepanjang hidup ๐Ÿ˜ญ

Makanan Halal Di Airport

Hari terakhir yang bermakna. Balik dari water rafting, lapar dahaga. Cari kedai makan halal dlm airport tak jumpa. Tengah asyik tengok sign, datang sorang staff thailand, tanya eira cari apa, dia cakap memang takda kedai halal..tiba tiba dia patah balik & suruh eira ikut lintas jalan pergi kat bangunan seberang jalan. Dekat situ ada 1 cafe untuk staff, & eira boleh makan. Bersyukur sangat. Anak makcik kdai tu fasih berbahasa inggeris. Senang rara nak komunikasi. First time tau eira dapat makan murah kat Thailand..area airport plak tu
๐Ÿ˜‚
Nasi goreng ayam: 40 Baht= Rm 4.80โ€จChicken Basil: 40 Baht= Rm4.80โ€จTelur Dadar: 10 Baht = Rm 1.20โ€จOvaltine Ais: 20 Baht = Rm 2.40

Makcik tu punya la baik, bagi eira lauk tambahan lagi. Pastu auntie buat air hidangkan lagi seteko teh free…sob sob sob.

Moga ada rezeki korang makan sini jugak
Moga ada rezeki korang makan sini jugak

BANANA MILK DAN BANANA PANCAKE

Kalau datang Thai ni, roti pisang ni dah macam makanan wajib kan hehe, tapi kat sini lagi menarik sebab ada Banana Milk, fuh terubat rindu Korea.

Banana milk versi thai ! Weee
Banana milk versi thai ! Weee
Makanan wajib kalau datang thai, ada yang kenal uncle ni.? Hehe
Makanan wajib kalau datang thai, ada yang kenal uncle ni.? Hehe

NIGHT LIFE BANGLA WALKING STREET

Selalu kalau travel ada cina street, india street, ni eira jumpa Bangla Street ๐Ÿ˜‚
Selalu kalau travel ada cina street, india street, ni eira jumpa Bangla Street ๐Ÿ˜‚

Kawasan ni sangat popular. Sebab apa? Hahahaha Masa Eira tengah jalan sepanjang street tu, ada orang thai panggil Eira dan sebut “Ping Pong Show?” Eira pun pelik, buang tabiat ke main ping pong tengah tengah malam ni? Rupanya bila tengok dekat kad dia tunjuk, show perempuan seksi (ladyboy-maknyah) Adoi. Eira da silap tempat ni. ๐Ÿ˜‚

Yang paling kelakar, ada suami isteri dari Malaysia ni jalan depan Eira, lelaki thailand cakap kat isteri dia “Ping Pong show?” Isteri dia geleng kepala. Pastu tnya suami dia plak “Ping Pong Show?” Suami dia bagi sign, tunjuk yang dia da ade isteri, dengan slumbernya org thai tu ckp, “awak balik hotel hantar isteri, isteri tidur, awak datang sini semula” Hahahaha! Bukan eira je ketawa, suami isteri tu pun gelak besar Sakit perut ketawa. ๐Ÿ˜‚

Setiap negara berbeza budaya. Yang baik kita contohi, yang buruk

SEHARIAN AKTIVITI DI PULAU

Eira ambil pakej penuh untuk Phang Nga Bay. Pakej tersebut merangkumi lawatan ke Panak Island, kemudian aktiviti kayak di Diamond Cave dan Cave, kalau korang tak pandai berkayak jangan risau sebab dah memang disediakan sorang pendayung untuk setiap kayak. Kemudian kayak dekat Hong Island, lepastu makan tengah hari atas bot, lepastu sambung melawat Bond Island dan Khao Ping Kan.

image

Makan atas bot !
Makan atas bot !

 

AKTIVITI PENUH SATU HARI DI DARATAN ๐Ÿ˜ฌ

Untuk full day activity ni punย Eira ambil pakej, dekat sana korang boleh survey sendiri, pakej yang Eira ambil merangkumi naik gajah, flying fox, ATV, lunch tepi sungai, white water rafting, trekking air terjun Phan Nga, melawat monkey cave dan termasuk juga life jacket, kenderaan dan insuren.

Harga: RM144.40 @ 1200 Baht

Vroooom, ready to rock ๐Ÿ˜‚
Vroooom, ready to rock ๐Ÿ˜‚

 

Hai gajah ๐Ÿ˜‰
Hai gajah ๐Ÿ˜‰

SABUN BUNGA KEMBOJA

Kalau datang sini beli la sabun ni, memang wangi giler ! Menyesal pulak Eira beli siket. Ada banyak lagi sabun bunga sebenar nya, lepastu rajin rajin la survey sebab ada kedai jual mahal ada yang jual mahal. Eira beli 4 ketul RM12.

Beli la sabun ni banyak banyak, baru wangi pergi kerja โ˜บ๏ธ
Beli la sabun ni banyak banyak, baru wangi pergi kerja โ˜บ๏ธ

TIPS JIMAT

Tips nak jimat
Sewa moto : 250 Baht = rm30.10
Tuk Tuk : 400 Baht/2hala = rm48.10

Eira jimat rm78.20 dgn BERJALAN KAKI.

Kalau mampu hiking tak kan tak mampu berjalan, kan? ๐Ÿ˜‚ Lagipun sepanjang jalan ada banyak kedai kedai yang menjual souvenier, kedai urut dan macam macam lagi. Selagi boleh bargain, tawar la kaw kaw, sebab diaorg mark up harga hampir separuh dari harga sebenar. Sama macam pakej pakej pulau. Lain ejen lain harga. Apa lagi? Guna la kuasa shopping perempuan..then bila kau da kembali normal baru kau sedar kau da pusing 1 Patong ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Perempuan biasa la, kalau da shopping, tak ingat dunia hahahaha.

image

“Semoga berjumpa lagi Phuket”

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 Days Itinerary and Tips to Travel Europe

Tips Untuk Anda Travel Busan