in ,

Nak melancong solo, tapi tak percaya pada diri sendiri? #7 panduan melancong secara solo yang anda perlu tahu

Jangan takut jangan bimbang.

train-tracks-1081672_960_720

Pernah tak anda terfikir untuk lari jauh dari semua orang. Atau anda terfikir untuk melancong berseorangan. Atau anda ingin mencari ketenangan tanpa ada sebarang gangguan daripada orang disekitar anda. Anda ingin bertemu orang baru, memulakan cerita baru dan cinta baru. Eh, heeeeeeee.

Jika anda tidak pernah bercuti berseorangan, anda pasti rasa cuak atau gementar untuk pergi seorang diri. Atau pelbagai gambaran ngeri yang anda bayangkan. Perkara pertama anda lakukan pastinya mengetahui tentang pengalaman mereka yang selalu melancong sendiri tanpa teman. Pasti anda fikirkan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru tanpa teman disisi. Sudah tentu, melancong sendiri di tempat baru pastinya akan ada risiko seperti keselamatan atau kes kecemasan yang anda terpaksa hadapi seorang diri.

Tetapi, tahukah anda percutian itu bukan sekadar kita mengembara, menangkap panorama indah semata, tetapi halangan dan cabaran itulah yang menjadikan kita lebih menghargai percutian itu sendiri. Makin banyak cabaran, makin banyak pengajaran yang anda bakal peroleh, bagaimana kita mensyukuri kesempurnaan hidup sebelumnya.

Untuk kali ini, 7 panduan yang bakal dikongsikan bagi mereka yang ingin melancong seorang diri. Mari baca satu persatu ;

#1 Merangka perjalanan

Memandangkan anda merancang percutian solo, anda perlu merangka segalanya secara terperinci. Pilihlah destinasi percutian yang anda sukai. Bacalah dengan teliti tentang lokasi pilihan anda supaya anda sudah mendapat gambaran tentang lokasi tersebut. Sambil itu, bolehlah anda membuat jadual aktiviti sepanjang berada di sana. Di dalam perancangan ini, masukkan sekali tempat penginapan sewaktu berada di sana. Untuk lebih memudahkan anda, teruslah membuat tempahan tempat penginapan, ia lebih memudahkan anda. Mana tahu, sesampainya di sana semua tempat sudah penuh. Mana anda nak tidur? Saranan untuk anda, tempahlah tempat penginapan seperti rumah tetamu, hostel atau pekan kecil kerana menawarkan bermacam kemudahan dan memudahkan anda untuk berhubung dengan penduduk tempatan.

old-1130743_960_720

#2 Ketahanan fizikal dan mental

Lihat diri anda sekarang, ambil masa dan cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya, adakah anda merupakan seorang yang berdikari? Apakah anda mampu menghadapi kemungkinan halangan yang berlaku seorang diri? Kalau anda rasa anda boleh, maka teruskanlah dengan panduan ketiga. Haha. Nanti dulu, bacalah sampai habis panduan ini.

Jika anda memilih untuk melancong solo, aspek komunikasi juga perkara yang perlu dititikberatkan. Agak sukar jika anda tidak boleh berkomunikasi atau penduduk tempatan di kawasan itu tidak faham atau tidak mesra pelancong. Tetapi, kesukaran berbahasa, bukanlah suatu penghalang jika anda sememangnya “mudah ngam” untuk hadapi situasi sebegini. Pandai-pandailah ambil hati dan cuba memahami cara hidup masyarakat di tempat tersebut. Pasti mereka bakal menyenangi anda.

#3 Selalu berhubung dengan keluarga atau kawan-kawan

Ya, mungkin anda pergi jauh-jauh semata-mata untuk pulihkan hati yang sedang berduka. Atau anda pergi jauh-jauh untuk berseorangan dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Tidak boleh lah begitu. Sekurang-kurang beritahulah orang yang rapat dengan anda, tentang keberadaan anda  di sana. Selalulah berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Jangan berdiam diri. Mereka pastinya risau akan keselamatan anda di sana tanpa sesiapa menemani disisi.

Oleh itu, sebelum ke sana, cuba-cubalah ambil tahu sama ada di sana mudah atau tidak untuk mendapatkan talian internet supaya anda boleh kekal berhubung dengan orang nun jauh dimata.

#4 Cari teman baru

Bila anda melancong solo ia lebih menyeronokkon jika anda benar-benar merasai keseronokkannya. Makna kata, inilah masanya untuk anda semua bebas melakukan apa sahaja. Yelah, jika anda bercuti bersama teman atau keluarga, anda pasti kurang bebas dan terpaksa ikut aktiviti yang telah dijadualkan. Oleh itu, inilah masanya untuk anda lakukan apa sahaja. Carilah teman baru. Berbual dan bertukar cerita. Ini akan mengurangkan rasa sunyi bila anda bergaul dengan pelancong lain. Mana tahu anda jumpa orang baru yang membawa makna di dalam hidup anda. Mana tahu kan? Haha

cocktails-1149171_960_720

#5 Yakin dan percaya pada gerak hati

Berjalan sendirian tidak semestinya lebih berbahaya daripada mengembara bersama rakan-rakan. Ia hanya memerlukan anda untuk berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling. Kebanyakan negara-negara asing tidak kesemuanya berbahaya dan berlaku ganas. Sentiasa mengikut gerak hati anda kerana ia dapat membantu menjaga keselamatan anda di sepanjang perjalanan. Jika perlu, anda boleh meminta bantuan orang sekeliling yang kelihatan boleh dipercayai. Jika sesuatu yang anda merasakan tidak kena, maka lebih baik anda tinggalkan.

word-1391379_960_720

#6 Sentiasa berwaspada

Salah satu daripada sebab mengapa orang memilih untuk melancong sendirian adalah kerana bagi mereka ia satu pengalaman yang menarik bertemu kawan baru, tetapi ini juga membuat anda lebih terdedah kepada bahaya. Tidak mengapa untuk bergaul, melancong dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan baru, tetapi anda tidak boleh meminta mereka untuk memegang duit anda. Sindiket penipuan sering berpura-pura menjadi orang yang baik dan boleh dipercayai di mata anda. Walau bagaimanapun anda perlu berfikiran terbuka kerana tidak semua orang seperti itu, namun perlu juga berwaspada untuk memastikan keselamatan anda.

Yang penting, jika anda resah atau berada di dalam kesusahan, tunjukkanlah wajah yang tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Yelah, mana tahu, ada orang yang ambil kesempatan pada anda yang di dalam kesusahan. Jadi, berwaspadalah dan jangan mudah mempercayai stranger.

#7 Rehat secukupnya

Bagi seorang yang sedang melancong, mendapatkan rehat yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan percutian berjalan lancar. Bagi mereka yang melancong sendirian anda boleh merancang masa perjalanan anda dan di mana anda memilih tempat untuk beristirehat. Setelah mendapatkan rehat yang cukup barulah anda bertenaga semula untuk meneruskan perjalanan.

Mana tahu, jika anda jatuh sakit kan susah? Dahlah anda seorang diri, jatuh sakit juga seorang diri tiada siapa yang akan menjaga anda. Jadi, rehatlah secukupnya dan teruskan perjalanan untuk hari seterusnya.

sleep-1389978_960_720

Oleh itu, jika anda pernah terfikir untuk pergi melancong seorang diri secara seorang diri, maka teruskanlah niat baik itu. Ianya pasti akan menjadi pengalaman terhebat di dalam hidup anda. Tidak semua orang mempunyai peluang begitu dan umur yang terbaik untuk melakukannya adalah jika anda dalam lingkungan umur 20-an. Dengan mengamalkan tips di atas pasti perjalanan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar walaupun seorang diri. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat rancang percutian anda. Pilih lokasi idaman, kumpul duit dan larilah sejauh mana anda ingin lari, tetapi jangan lupa kembali. Hehe. Selamat melancong solo !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bercuti ke Langkawi Selama 4 hari 3 malam dengan Bajet RM314!

#5 Cenderahati popular yang dibeli semasa melancong