in , ,

10 Nasihat Sebelum Anda Tidur di Lapangan Terbang

Kadangkala, kita terpaksa tidur di lapangan terbang mungkin disebabkan penerbangan kita dilewatkan kerana masalah teknikal atau cuaca, atau mungkin kita sampai di destinasi dah tengah malam, untuk jimatkan duit kita ambil keputusan untuk bermalam di lapangan terbang.

Kan?

Tapi seperti yang kita semua tahu, lapangan terbang bukanlah tempat penginapan dan sesetengah lapangan terbang tidak begitu peramah untuk menerima traveller yang bermalam disana. Selain itu, disebabkan lapangan terbang merupakan tempat awam, maka kita perlu ambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan kita terjaga. Dan bagaimana pula untuk mendapatkan tidur yang lena? Heh! Tenang, kami jawab satu demi satu.

Sediakan Plan B

Ini yang paling utama. Walaupun di kebanyakan lapangan terbang, mereka tidak kisah anda tidur disitu, ada kemungkinan anda akan disoal oleh pegawai keselamatan yang bertugas. Pelbagai soalan akan ditanya dan tentu sekali mereka akan meminta anda menunjukkan bukti penerbangan anda.

Oh ya, ada kemungkinan juga anda akan diminta untuk tidur di hotel yang terdapat didalam lapangan terbang atau diminta untuk ke hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang tersebut. Jadi sebaiknya anda bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Jaga Keselamatan

Sebelum anda ambil keputusan untuk tidur di sesuatu tempat, pastikan terlebih dahulu anda tahu dimana letaknya pejabat pengawal keselamatan yang terdekat. Walaupun kita tidaklah berharap perkara-perkara yang tidak baik berlaku, ini adalah langkah penting untuk meminimumkan risiko daripada diancam.

Jika tidak, anda juga boleh memilih tempat yang termasuk dalam kawasan yang dikawal oleh CCTV. Jika anda travel berseorangan, pastikan anda tidur di tempat yang ramai orang tidur. Jangan tidur seorang diri.

Sampai Awal

Untuk beberapa keadaan, ada baiknya anda bersedia dan pergi ke lapangan terbang tersebut lebih awal terutamanya jika lapangan terbang tersebut memang sibuk dengan penumpang. Jika anda travel ke negara empat musim dan penerbangan anda pada ketika musim panas, lagilah anda perlu ke lapangan terbang tersebut lebih awal. Sebab kebiasannya musim panas ni lapangan terbang tersebut akan sibuk.

Lebih selamat jika anda dapat sampai sebelum pukul 10 malam.

Jaga Beg Anda

Haaa, ini memang antara perkara penting yang perlu dititikberatkan. Iyelah, kita tidak mahu barangan berharga seperti gajet dan barangan peribadi kita hilang ketika kita sedang nyenyak tidur. Jika beg anda berzip, pastikan permukaan yang berzip tersebut diletakkan berhadapan dengan badan atau dinding, ini akan menyukarkan pencuri untuk membuka zip tersebut.

Untuk backpack, anda boleh jadikan sebagai bantal anda. Heh!

Makanan

Di beberapa tempat, memang lapangan terbang tersebut dibuka 24 jam, tapi masalahnya kedai-kedai makan akan ditutup sebelum jam 12. Haaa, oleh itu pastikan anda sediakan makanan secukupnya sebelum anda memilih tempat tidur tu. Nanti tak boleh tidur pula kalau lapar kan.

Oh, ada lagi satu tips untuk dapat makanan percuma.

Pada waktu-waktu kedai tersebut dah nak tutup. Anda boleh kesana dan berlakon lah sedikit seperti orang yang hilang arah tujuan. Haha! Kadangkala, pekerja-pekerja kedai makan akan berikan makanan lebihan hari itu kepada anda. Heh!

Balai Ketibaan Atau Balai Pelepasan?

Haaa. Boleh jadi balai pelepasan penuh dengan penumpang yang menunggu penerbangan pada esok hari. Jadi anda boleh ke balai ketibaan untuk tidur disana. Kebiasannya balai ketibaan lebih lengang daripada balai pelepasan. Tetapi ada kemungkinan juga anda akan disoal oleh pengawal keselamatan.

Hormati Orang Lain

Apabila kita sama-sama berkongsi tempat dengan orang lain ni, kita juga perlulah fikir tentang orang lain. Jangan buat bising dengan sengaja di tempat orang tidur dan lebih-lebih lagi jangan menganggu orang lain.

Pastikan anda tidak meninggalkan sampah selepas tidur disitu.

Tidur Atas Katil?

Tahukah anda, beberapa lapangan terbang ada menyediakan kemudahan katil untuk mereka yang terperangkap dalam lapangan terbang. Heh. Kalau anda berani, bolehlah bertanya kepada pekerja lapangan terbang mengenai kemudahan ini.

Untuk senarai lapangan terbang yang mempunyai kemudahan ini, boleh klik pautan berikut: Airport with Cots for Stranded Travellers.

Jangan Lupa Set Alarm

Kalau tujuan anda tidur di lapangan terbang untuk menunggu penerbangan pada esok hari, jangan lupa untuk set beberapa alarm supaya anda tidak terlepas waktu penerbangan. Manalah tahu lapangan terbang tersebut terlampau selesa, rugi pula apabila terlepas penerbangan.

Ini bukan skuad pemusnah bom

 

Berhati-hati Dengan Skuad Pemusnah Bom

Jika anda travel secara solo, pastikan anda membawa beg anda kemana sahaja anda pergi. Iya, mungkin anda rasa selamat untuk meninggalkan beg anda selama beberapa minit sementara anda pergi ke tandas, tapi jangan pula terkejut jika anda keluar daripada tandas nanti ada skuad pemusnah bom sedang memeriksa beg anda.

Heh!

Jika anda mempunyai sebarang perkongsian yang ingin dikongsikan bersama komuniti pengembara yang lain, jangan lupa PM kami di Facebook: The Ruka atau emelkan ke hai[at]theruka.com.

Rujukan: Unpacking Australia dan Sleeping in Airports.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 Tips Mendapatkan Harga Tiket Kapal Terbang Yang Murah

Dapatkan Kereta Sewa PERCUMA di Australia, New Zealand & US Dengan Cara Ini