, , , ,

Pengembaraan 8 Hari 7 Malam Di Yunnan, China Buat Gadis Ini Jatuh Cinta

Jatuh cinta dengan keindahan alam ciptaan Tuhan 😉

Kali ini Cik Yusniza Yusoh berkongsi itinerari lengkap trip beliau bersama kakak-kakaknya ke Yunnan, China pada 4-11 Januari yang lepas. Trip ni merangkumi KL-Kunming-Dali-Lijiang-Qiaotou-Lijiang-Kunming-KL dan mengambil masa 8 hari 7 malam. Yunnan yang terletak di selatan tanah besar China itu menjanji percutian yang sangat berbaloi lebih-lebih lagi bagi mereka yang cintakan alam semula jadi. Terdapat banyak penduduk muslim merupakan kelebihan bagi pengambara muslim untuk ke sana. Jadi tunggu apa lagi, ayuh terbangkan diri secara maya ke Yunnan, China.

Selamat Membaca!

 

DAY 1 | 4 Januari 2017.
Kami berlepas dari KLIA2 jam 1:05 ptg dengan menaiki AK101 ( penerbangan ke Kunming hanya ada sekali sehari sahaja untuk Airasia) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsui pada pukul 4:20 ptg. Kami sampai awal sikit daripada yg dijangka. Penerbangan biasanya mengambil masa 4 jam. Tiba sahaja disana, kami terus ke kaunter bas yg berada tidak jauh dari pintu keluar airport untuk ambil bas ke Kunming Railway Station. Selain perkhidmatan bas, terdapat juga perkhidmatan metro ( macam LRT dan masa kami pergi, perkhidmatan ini tak boleh digunakan dan sedang dinaiktaraf) dalam airport ni. Harga tiket bas dari airport ke Kunming Railway Station adalah 13 yuan seorang dengan naik bas No. 919 C. Perjalanan lebih kurang 40min. Turun di pit stop terakhir. Sampai disana, berjalan kaki sampai jumpa international airport yg kecil dan tersorok. Jalan straight sikit lagi, terus nampak bangunan Kunming Railway Station. Depan station tu akan ada ramai polis yg berkawal. Scan beg dan masuk ke dalam. Ambil beg dan terus ke ticket hall. Tiket hall ni agak jauh. So, kena menapak sikit dan terus pergi ke kaunter 1 untuk beli tiket ke Dali (K9632, pukul 22:37 am). Harga tiket upper hardsleeper adalah 97.50 yuan seorang dan middle hardsleeper adalah 102.50 yuan seorang. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Untuk hari pertama, kami bermalam di dalam train.
* Upper n middle hardsleeper tak sesuai untuk warga emas atau ibu mengandung sebab memerlukan badan anda meringkuk. Space die agak limited. Kalau nak rasai pengalaman, why not kan 😉.

DAY 2 | 5 Januari 2017.
Sampai di Dali railway station pukul 6.30 pagi. Keluar dari railway, ambil bas No8, 2 yuan ke Dali Old town. Dari Old Town ambil tuktuk 15yuan/3 atau 5 yuan seorang ke hostel. Check in Rose Garden Hostel (recommended) 87 yuan pernight/3 atau 29 yuan seorang. Letak beg dan kami menuju semula ke Old Town dengan menaiki bas No3 dengan tambang 4 yuan seorang untuk pergi dan balik. Jalan-jalan sekitar Dali Old Town. Dari old town ni, boleh nampak Changsan Mountain. Makan di kedai muslim dalam Dali Old Town 36 yuan/3 atau 12 yuan seorang. Petang tu, dari hostel, jalan kaki pergi bersiar-siar di Erhai Lake. Bermalam semalam di Dali.

Day 3 | 6 Januari 2017.
Check out Rose Garden Hostel dan bergerak ke Lijiang. Dari hostel ke Dali Old Town, ambil bas No3 yg sama seperti semalam. Dari old town, ambil bas No8 dengan tambang 2 yuan seorang untuk pergi ke Dali North Bus Terminal. Beli tiket bas untuk ke Lijiang. Harga tiket adalah 74 yuan seorang. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Pemandangan sepanjang perjalanan, anda akan melalui terowong dlm gunung, tasik, kincir angin dan lain2. Rugi kalau tidur. Hehehehe. Sampai di Lijiang, menapak ke Lijiang Youth Hostel (recommended) sebab walking distance je. Check in Lijiang International Youth Hostel, 148pernight/3 atau 49 yuan seorang. Book terus dgn hostel tiket bas untuk ke Qiaotou (hike TLG) keesokan harinya. Harga tiket bas adalah 40 yuan seorang dan mengkehendaki kami untuk tunggu di jalan utama pd pkul 7.45 pagi esok. Sape lambat, tinggal. Sebab bas pergi kesana hanya ada sekali dlm sehari. Seterusnya, drop beg di dibilik, dan kami start strolling Lijiang Old Town. Dari hostel ke old town pun hanya walking distance jadi, tak perlu risau sesat atau sebagainya. Harga entrance Lijiang Old Town adalah 80 yuan untuk seorang. Kami strolling Sifang Square, Baishui Bridge, Wuyi Street, Big Waterwheel, Square Market sampai penat. Malam balik hostel n rest.
* Start pukul 7 malam, boleh masuk secara percuma.
* Kalau masuk siang, kena bayar entrance fee 80 yuan dan boleh akses Black Dragon Pool.

Day 4 | 7 Januari 2017.
Check out dan bergerak ke Qiaotou. Bas datang tepat pukul 7.45 pagi dan perjalanan ke Qiaotou ambil masa lebih kurang 2 jam. Bas ada berhenti untuk penumpang PO or PU. Sampai di Qiatou, bas akan berhenti seketika untuk proses pembelian permit masuk ke Tiger Leaping Gorge. Harga tiket adalah 65 yuan seorang. Kalau student, gunakan student card. Dapat student price iaitu 33 yuan seorang. First pit stop yg bas turunkan penumpang, di situ lah entrance TLG. Tapi jangan tertipu, terpedaya dan terduduk. Entrance TLG yang sebenar adalah lebih kurang 1km dari tempat yang kite diturunkan tadi. Nak selfie ke, bertepuk tampar ke, atau nak cuit2 bahu ke, mase ni la bolehhh. Nanti dah hike, masing2 sensitip. Hahahahaha. Jalan die berturap untuk 1st kilometre. Bawak banyak air, cereal, dan choc untuk boost energy. Mula hike dari pukul 11 lebih dan sampai lebih kurang pukul 3 lebih di Naxi GH. Check in Naxi GH 150 pernight/3 atau 50 yuan seorang.
* Kalau boleh, tinggalkan backpack anda di hostel dan hanya bawa daypack & brg2 diperlukan sahaja.
* Disebabkan waktu kami pergi trail asal (landai) tengah renovate, kami terpaksa ikut trail baru (mencanak naik).
* Kuda utk bawak beg : 100/3 atau 31 yuan seorang.
* Ikut pace anda. Lagi laju, lagi awal sampai di GH. Kami banyak ambil gambar atas gunung, tu yg lambat. Hahahahaha.
* Beli buah : 44 yuan.
* Ada 2 pilihan : Hike dari entrance sampai Naxi GH dan bermalam. Esoknya teruskan hike sampai Halfway GH dan bermalam. Seterusnya, Hike sampai Tina’s GH dan turun ke Yangtze River dan pulang ke Lijiang dan pilihan yg kedua, naik van terus ke Tina’s GH dan bermalam satu malam di atas.

Day 5 | 8 Januari 2017.
Route asal kami adalah pilihan yang pertama tapi lepas perbincangan secara teliti, kami tak dapat teruskan hike dan terpaksa turun. Check out Naxi GH dan naik kereta owner Naxi ke Qiaotou. Bayar 100 yuan/3 atau 33 yuan seorang. Tunggu bas menuju ke Lijiang di Qiaotou. Beli jajan 23 yuan. Bas datang setelah lebih sejam. Gerak ke Lijiang naik bas dengan tambang 30 yuan seorang. Sampai di Lijiang Express Bus Terminal. Ambil van ke Lijiang Old Town dengan tambang 5 yuan seorang. Makan dalam Lijiang Old Town 60 yuan/3 atau 20 yuan seorang. Kami ambil bas No11 untuk ke Shuhe Old Town. Tambang bas 2 yuan untuk return. Tunjuk tulisan Mandarin pada driver utk mudahkan urusan. Untuk ke Shuhe, lepas turun dari bas, perlu menapak lagi 1 km untuk sampai. Balik pun, perlu menapak semula ke jalan yg kite turun bas td sebab takde bus yang pergi directly ke Shuhe Old Town. Strolling dalam Shuhe Old Town sampai petang. Malam tu naik bas No4 dari old town ke Lijiang Railway Station. Tambang 1 yuan seorang. Bas akan berhenti bawah bukit sahaja dan perlu menapak naik bukit sedikit dalam 500 meter. Masuk ke ticket hall, dan beli tiket ke Kunming. Nasib kami baik sebab biasanya tinggal tiket standing je kalau beli on the spot. Apaaaaa lagi. Hehehehe. Cepat2 grab softseat dengan harga 137 yuan seorang dan bertolak pada pukul 10:50 malam. Perjalanan mengambil masa 11 jam dari Lijiang ke Kunming.
* Lebih baik book awal tiket ke Kunming tak kiralah peak season atau tak sebab train merupakan transportation utama mereka untuk ke bandar.
* Pengumuman train semuanya dalam Mandarin tapi jangan risau sebab Kunming Railway Station adalah stesen yg terakhir.

Day 6 | 9 Januari 2017.
Sampai di Kunming Railway Station, lintas jalan dan pergi ke Yongsheng Road. Ambil bus No.60 untuk ke Eastern Bus Station. EBS merupakan stesen yg terakhir dan tambangnya adalah 2 yuan seorang. Ambil bas No 237 dari EBS ke Chuihu Lake. Tambangnya ialah 2 yuan seorang. Bas akan berhenti di Wuyi Lu or Wuyi Road. Berjalan ke hostel. Check in KHD Hostel ( berhampiran Lost Garden Hostel) untuk 2 malam. Harga 2 malam ialah 200 yuan/3 atau 67 yuan seorang. Drop beg di bilik dan pergi ke Chuihu Lake dengan jalan kaki sebab dekat sangat2. Pergi Bread Works dulu beli roti sebab salah seorang akak saya, birthday dia hari tu. Hehehehehe. Sambut birthday dalam train malam tadi 😉. Beli roti 75 yuan/3 atau 25 seorang. Lepas tu, pergi makan di masjid dalam kawasan Jinmimbi Road. Beli kupon kt kaunter restoren dalam masjid dan boleh pilih set mane yang nak. Kami ambil set 10 yuan seorang dan boleh pilih 1 jenis lauk, 1 jenis lauk dan sayur dan 2 jenis sayur. Ini hanya untuk seorang makan. Menarik kan? Kenyang giler2. Hehehehe. Lepas tu strolling Jinmabiji Square. Balik hostel, rest.

Day 7 | 10 Januari 2017.
Second last day ni, free n easy. Berjalan ke Chuihu Lake. Ada banyak seagull kt Chuihu Lake ni. Boleh bagi makan roti atau makanan ringan untuk tarik perhatian seagulls datang ke kita. Strolling Wuyi lu, Jinmabiji Square, Zhengyi Road, dan Jinbi Square. Makan tengah hari, 60 yuan/3 atau 20 yuan seorang di kawasan Yunnan Nationalities University. Strolling Yunnan Nationalities University dan Yunnan Normal University. Beli dinner di fried chicken halal berhampiran YNU, 62 yuan/3 atau 21 yuan seorang. Balik hostel dan rest.

Day 8 | 11 Januari 2017.
Check out HKD Hostel dan bergerak ke Changsui International Airport. Berjalan kaki ke Zhengyi Road dlm 1km, ambil bas K9 ( depan kedai tissot & levi’s ) untuk pergi ke Eastern Bus Station. Tambangnya adalah 2 yuan seorang. Sampai di EBS, ambil bas aiport shuttle. Tambangnya ialah 10 yuan seorang. Sampai aiport, lunch di noodles shop, 48 yuan dan tunggu kapal sampai. Tepat 17:05 pm, penerbangan AK102 dari Kunming ke KL selamat berlepas. Kami sampai di KLIA2 pada pukul 21:45 p.m 😊

Total cost : 939.50 Yuan atau RM 617.50
Currency rates : 100 Yuan bersamaan RM 64.30
Not Included:
Flight ticket : Rm 367.00 perpax.
Insurance : AXA Travel Insurance Rm39 perpax.
Visa China : Rm 89 ( buat sendiri di China Embassy, KL)

NOTES
* Bawa botol air dan wet tissue bila masuk ke toilet sebab kat sane takde air dalam tandas. Air cuma ada di sinki.
* Bawa itinerary yg ada gambar dan bertulisan Mandarin untuk memudahkan urusan sepanjang trip.
* Bawa student card bagi menikmati potongan separuh harga di certain places.
* Pakai kasut yg bersesuaian bagi mengelakkan kaki sakit sebab kat sini banyak berjalan kaki.
* China banyak places tapi jauh2.
* Makanan di China, portion agak banyak.

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari ringkas ke Tokyo, Disneysea dan Fuji Q Highland Selama 5 Hari 4 Malam dengan bajet RM2797

Itinerari Ringkas “Backpack” ke Hatyai – Phuket – Bangkok Selama 6 hari Dengan Bajet Serendah RM1000. All in!