in ,

Pentingkah Memiliki Insurans Untuk Travel Di Luar Negara?

Bacaan serius sambil makan pisang goreng

Keadaan Michael Shumacher (Kredit: www.wartabuana.com)

Disember 2013, Michael Shumacher terlibat dengan kemalangan kritikal ketika meluncur salji di Meribel yang menyebabkan beliau terlantar koma sehingga beberapa bulan. Ketika tersedar, beliau mengalami kesukaran untuk mengenalpasti ahli keluarga serta teman-teman rapat dan mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Teruk kan?

Haaa, cuba bayangkan kalau jadi pada kita. Mengagau jual rumah dan kereta untuk cover kos perubatan tersebut. Kan?

Selain kes melibatkan selebriti seperti Michael Shumacher ni, banyak juga kes-kes seperti ini yang terjadi melibatkan rakyat marhaen biasa. Kita bukan tidak biasa mendengar ada orang yang minta sumbangan kerana masalah perubatan di luar negara.

Kan?

Lagi pula, kalau kita ada anak kecil. Cuba bayangkan kita dah rancang untuk travel ke Eropah selama tiga minggu. Selaga kelengkapan dah siap, kereta dah sewa, hotel dan booked, day-tour pun dah tempah. Tiba-tiba, seminggu sebelum tarikh penerbangan kita; anak kecil kita diserang penyakit dan terpaksa masuk wad.

Nak buat macam mana?

Kalau perbelanjaan seorang dah dekat 5,000; hilanglah semua duit kita. Kan? Haa, benda ni bukan sembang-sembang kosong tapi benda yang memang dah terjadi. Contohnya kisah yang dikongsikan oleh Puan Mastura dalam blognya: Terpaksa Cancel Travel Trip? Pentingnya Ambil Travel Insurance!

Kita sedia maklum terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan insurans untuk lawatan ke luar negara ini. Dan sedia maklum, polisi untuk insurans ini juga berbeza dengan medical card biasa. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititik-beratkan sebelum anda membeli insurans yang bersesuaian.

Perubatan Kecemasan & Membawa Pulang Pesakit

Tentu sekali kita tidak pernah berharap untuk ditimpa penyakit ketika sedang melancong di luar negara. Jauh sekali pernah kita terfikir untuk meninggalkan dunia di bumi yang asing sewaktu kita sedang bercuti. Tapi takdir serta ketentuan yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa, siapa yang dapat jangka?

Semak betul-betul berapa banyak insurans anda cover jika anda diserang penyakit atau terlibat dalam kemalangan ketika sedang melancong. Dan jika anda meninggal dunia disana, semak semula adakah kos untuk membawa pulang jenazah anda akan ditanggung oleh mereka.

Ini yang paling penting sekali.

Membatalkan Perjalanan

Biasanya, untuk perjalanan ke negara-negara yang jauh kita akan buat persediaan paling kurang 5,6 bulan sebelum tarikh perjalanan. Nak batalkan sebab benda-benda remeh memang lah tidak. Tapi siapa tahu sehari sebelum perjalanan tersebut, berlakunya kematian ahli keluarga terdekat anda. Haaa, memang terpaksa batalkan lah kan?

Pastikan insurans yang anda hendak beli cover untuk kes-kes seperti ini.

Kehilangan Barangan Peribadi

Nampak remeh? Hm. Tapi siapa tahu anda dirompak ketika membeli-belah sakan di Ho Chi Minh, kan? Sebelum buat pembelian semak dahulu adakah mereka tawarkan pulangan untuk kehilangan barangan peribadi atau luggage.

Melalui pembacaan kami, kami dapati ramai dalam komuniti backpackers dan travellers dari Malaysia yang beli insurans dibawah syarikat AXA. Dan ramai juga beri komen serta maklumbalas yang baik mengenai insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Menurut carian kami, kos untuk membeli insurans bagi destinasi Korea Selatan untuk 8 hari adalah RM39 untuk pakej VIP dan cuma RM19.50 untuk pakej klasik. Super murah kan? Haaa, mungkin anda boleh consider lah syarikat ni untuk beli insurans anda untuk next trip.

Macam Mana Nak Beli Insurans Ni?

1. Pergi beli dekat kedai insurans.
2. Beli daripada mana-mana agen insurans.
3. Beli online.

Terpulang kepada anda. Kalau anda lebih selesa untuk dapatkan penerangan yang jelas daripada agen sebelum beli pilihan 1 dan 2 adalah yang terbaik; tapi kalau nak yang murah sikit boleh beli secara online. Tapi pastikan anda baca setiap maklumat, hadam dan faham.

Haa, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Beberapa laman web telah dimanfaatkan untuk tujuan penulisan ini, antaranya: Clovers Honey, The Ponder of Me dan World Nomads.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Destinasi Baru Airasia Yang Akan Buat Anda Terliur

9 Tips Mendapatkan Harga Tiket Kapal Terbang Yang Murah