in

Promosi Free Seats Air Asia Datang Lagi! Set Reminder Supaya Tak Terlupa.

Okay. Super duper eksaited.

Dalam beberapa minit lepas kawan saya whatsapp gambar ni,

1

Tipu lah kata kalau saya tak excited bila tengok gambar ni. Rasa nak melonjak pun ada. Tapi saya sembunyikan semua perasaan tu dengan cuma membalas pendek,

Kool.

Lepas tu terus buka komputer riba. Buka Facebook Page Air Asia untuk pastikan memang gambar tersebut dimuatnaik dan promosi itu memang betul-betul real. Jangan salah faham pulak, saya percaya dan berterima kasih kepada si dia yang memaklumkan, tapi bila dah super teruja memang macam ni. Kena sahkan, dan bila dah cukup pasti baru saya boleh uar-uarkan kepada semua.

*Fiuh! Ketuk-ketuk papan kekunci komputer riba laju-laju. Tak sabar nak bagitahu semua orang*

f1

Jadi bila tarikhnya?

5 September 2016. Hari isnin. Bermula jam 12 tengah malam.

mb-160902-seteaser-myen

Dan seperti biasa, istimewa buat pemegang kad debit Big AirAsia, penempahan hotel + penerbangan melalui AirAsiaGo dan pemegang kad kredit AirAsia-Citi akan memperoleh akses sehari sebelum iaitu pada:

4 September 2016. Hari ahad. Jam 12 tengah malam.

Okay, teruja kan?

Buat masa ini destinasi domestik dan antarabangsa yang tergolong dalam kategori ‘free seats’ ini masih lagi samar-samar. Belum dapat dipastikan lagi.

Tetapi kebiasannya, destinasi popular yang terletak di negara Indonesia, Korea, Jepun, Australia dan India akan tergolong dalam destinasi untuk promosi ini. Haaa, kalau ada merancang untuk ke negara-negara ini, dah boleh mula rancang itinerari dan perjalanan. 5 September nanti terus rebut cepat-cepat.

14233012_10154450006502387_4611482250115500808_n

Haaa, sekejap. Macam mana nak beli tiket kalau tak tahu destinasi kan?

Saya senaraikan beberapa artikel (itinerari) terhangat yang pernah disiarkan dalam www.TheRuka.com untuk memudahkan anda yang masih belum ada perancangan untuk ke mana-mana. Serius, harga waktu promosi ini sangatlah murah. Kalau tak beli, rugi!

Itinerari ke Jepun Selama 5 Hari 4 Malam Dengan Bajet RM809.30

Itinerari Ringkas 4 Hari 3 Malam ke Yogyakarta Dengan Bajet RM371

Itinerari 4 gadis ke Lombok-Bali-Flores selama 8hari 7malam dengan kos RM 1659. Memang puas hati!

Anda Cuma Perlukan RM310.80 Untuk Menikmati Indahnya Pulau Boracay. Ini Itinerari & 15 Tips ke Sana.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM345, Siapa Kata Mustahil?

Itinerari Awesome Jakarta-Bandung-Jogja-Surabaya Selama 14 Hari

Itinerari Ke Maldives untuk 5 Hari 4 Malam Dengan Kos RM1930. All-In!

Ok, sekarang dah boleh set reminder semua!

Tips khas: Set jam pukul 3 atau 4 pagi. Waktu itu kemungkinan kurang sikir orang, jadi anda ada peluang yang lebih besar untuk dapatkan tiket percuma!

Nanti kami akan update destinasi-destinasi yang ditawarkan dan tarikh-tarikh yang kami dapati ‘free’ pada hari kejadian. Stay tune. Share dan bookmark page ini!

Ingin dapatkan lebih info mengenai tempat-tempat menarik untuk dilawati? Jom like page The Ruka di Facbook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ‘Overland Phuket – Hatyai’ dengan RM346!

ITINERARI KE KOREA 6 HARI 5 MALAM DENGAN RM 1500 ALL-IN!