Hi. Disini saya nak share kan serba sedikit tips & gambar-gambar sepanjang kembara saya dan kawan-kawan ke Canada.
Atas sebab faktor semuanya masih bekerja, kami hanya spend 10-12 hari sahaja di bumi Canada (ada yang terpaksa balik awal).
Walaupun masa agak limited, Alhamdulillah kami berpeluang mendaki ke 3 buah gunung, tengok wild bear, moose & elk, explore beberapa tempat yang rare.
Tema kembara adalah roadtrip & hiking, melihat keindahan flora & fauna. Maka, kami lebih kepada explore kawasan hutan / taman negara di British Columbia & Alberta. Tak explore sangat kawasan bandar.
Route : Vancouver – Whistler – Clearwater – Jasper National Park – Lake Louise – Banff National Park – Revelstoke – Kamloops – Vancouver
Total perjalanan : 2,300 km
Navigation Apps : Maps.me
Duit : Tukar siap-siap di Malaysia. Standby credit & debit card
Kereta : Enterprise Canada. book awal-awal dari Malaysia. Driving license malaysia yang baru boleh digunakan disana. Tak perlu International license pun tak pe.
Penginapan : Kami menginap di hostel, motel & camping di National Park. Kena book awal sebab musim panas semuanya cepat sold out.
Kalau pergi ketika musim panas, standby banyak2 mosquito repellent. Nyamuk kat sana jenis tak makan saman, besar gila & aggressive. Memang bengkak2 jugak la badan & muka bila masuk hutan. Pedih!
Yang mana suka nature, memang saya advise pergi Canada. Currency rate pun tak berapa tinggi, dalam 3.2 je. Toilet free takyah bayar. Bersih! Toll takde. Parking kebanyakkan luar bandar tu free.
Berbaloi pegi sana, sebab Harga barang tak semahal europe. Anyway, dengar cerita rate euro sekarang nak cecah 5.0?
Visa : www.cic.gc.ca
Harga CAD100
Nak apply visa tu leceh sikit. Tapi ok la, tak susah sgt. Yang penting semua dokumen lengkap.
InsyaAllah ada rezeki nak repeat lagi. Sebab tempat2 kat sana memang lain dari yang lain
Terima kasih kepada Ayu Hasman kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang cantik sepanjang pengembaraan beliau di Kanada.
P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com
Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!
Baca juga : Itinerari ke Perth dengan bajet RM 2000 selama 6 hari 5 malam dan 10 tips penting untuk anda tahu