in ,

Sukar Dapatkan Makanan Halal? #5 Tips Untuk Mencari Makanan Halal di Luar Negara

Anda tidak akan berlapar dan ragu-ragu lagi selepas membaca tips ini.

banquet-1090134_960_720

Bagi mereka yang selalu melancong ke luar negara, pastinya perkara yang paling dititikberatkan adalah dalam hal memilih makanan. Jika negara yang dilawati itu majoritinya terdiri daripada penduduk muslim, sudah pasti tiada isu ragu-ragu tentang penyediaan makanan di setiap premis kerana amat mudah untuk mendapatkan premis yang menyediakan makanan halal.

Tetapi, perkara yang paling menggusarkan apabila melancong ke negara yang majoritinya bukan beragama islam adalah tentang status halal makanan yang dijual. Terdapat sesetengah premis makanan  hanya menaikkan label “Serve no pork” atau “non-alcohol”.  Oleh itu, mereka berpendapat asalkan tidak menghidangkan makanan yang mengandungi bahan-bahan terlarang untuk masyarakat muslim, makanan yang dijual sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong muslim. Hal ini ternyata salah sama sekali kerana, status halal makanan itu juga termasuk proses penyediaan sehinggalah alatan yang digunakan. Bagi mereka yang bukan beragama islam, sudah pastinya kurang mahir tentang pengendalian makanan halal yang sebenar.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 tips bagaimana mencari makanan halal apabila berada di luar negara terutamanya bagi negara majoriti penduduk bukan muslim.

#1 Logo Halal

Ini tips yang paling mudah untuk membuang segala keraguan anda tentang status halal sesuatu premis makanan. Jika premis makanan tersebut mempunyai sijil halal yang diiktiraf, maka usahlah anda ragu-ragu lagi dan makan lah sepuas-puasnya. Memandangkan semuanya dihujung jari, anda juga boleh mendapatkan info mudah tentang restoran halal yang terdapat di tempat yang anda kunjungi.

#2 Makan makanan vegetarian atau makanan laut

Namun begitu, jika tidak berhasil menemukan restoran yang mempamerkan sijil halal, atau anda ragu-ragu dengan makanan ringan yang dijual, anda juga boleh mencuba makanan di premis yang menyediakan makanan vegeterian dan berunsurkan makanan laut. Tetapi, harus diingat dan anda perlu berhati-hati agar makanan tersebut tidak mengandungi alkohol atau minyak haiwan yang terlarang. Hal ini kerana, mungkin sahaja sos atau makanan berkuah mengandungi wain atau alkohol. Rajin-rajinlah bertanya kepada si pemilik restoran tentang bahan yang digunakan. Selebihnya, berserahlah dan yakinlah dengan makanan yang anda pilih.

tomatoes-447170_960_720

#3 Bawa Travel Cooker

Haha. Jika anda tidak dapat menemukan restoran yang menjual makanan halal, anda boleh mencuba tips ini. Makna kata, bawalah travel cooker anda sendiri dan masaklah sendiri di tempat penginapan anda. Anda bolehlah membeli-belah di kedai-kedai tempatan untuk membeli barangan atau produk semulajadi seperi buah-buahan, madu, sayur-sayuran dan lain-lain yang anda yakin ianya halal. Tanpa sedar, dah boleh jimat banyak kos daripada makan di luar.

#4 Bawa makanan ringan

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti jatuh sakit kerana kelaparan, anda bolehlah bekalkan sedikit makanan ringan yang sihat dan mengenyangkan seperti oat, buah-buahan, kekacang dan sebagainya. Ianya bolehlah digunakan sementara waktu untuk mengalas perut yang kosong sehingga anda menemui restoran halal. Paling tidak pun, ianya boleh membantu anda menahan lapar sepanjang malam. Sekurang-kurangnya dapat membekalkan tenaga untuk meneruskan perjalanan anda pada keesokan harinya. Untuk memudahkan anda, mee segera juga cukup mudah dan mengenyangkan anda. Tak perlu lah anda fikirkan lagi untuk mencari makanan halal. Fokus sahaja dengan tujuan utama anda untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di negara pilihan anda.

#5 Kenali istilah bahan makanan yang tidak halal

Perkataan yang sering digunakan bagi babi adalah pork. Tahukah anda, tidak semua negara menggunakan nama ini dalam kandungan makanan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara. Jadi, anda hendaklah membuat sedikit kajian tentang istilah yang digunakan di dalam menu makanan bagi babi atau pork. ( Contohnya seperti Lard, Bacon, Ham, Sow, Porcine dan banyak lagi ) Oleh itu, anda perlulah berhati-hati ketika memilih makanan. Janganlah nanti jika tidak tertulis perkataan pork atau alkohol anda terus membelinya. Padahal, istilahnya sahaja yang berbeza. Anda pula makan dengan berselaranya ! fuhhh.

chocolate-911797_960_720

 

Tambahan : Anda perlu berhati-hati jika membeli makanan ringan seperti coklat dan manisan ketika di luar negara. Hal ini kerana, kebanyakkan kandungan makanan ini mengandungi gelatin yang berasaskan sumber haiwan dan alkohol. Pendek kata, memang makanan ringan di luar negara mempunyai bahan-bahan ini. Jadi anda perlu bijak memilih dan rajin-rajinkan diri untuk membaca kandungan yang ditulis di luar pek makanan tersebut. Terpaling penting, anda perlu tahu dan faham istilah yang digunakan! Rajin-rajin membaca sebelum anda membeli.

Akhir kata, bagaimana dengan tips yang kami kongsikan kali ini? Diharapnya tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda yang masih ragu-ragu tentang status halal makanan yang dijual di luar negara. Apa yang penting, anda perlu bijak ketika membuat pilihan makanan. Gunakan teknologi yang ada sebaik mungkin. Buat sedikit kajian atau bacaan tentang tempat yang anda bakal pergi. Contohnya tentang premis halal yang terdapat di sana dan sebagainya. Ini akan membuatkan anda lebih bersedia. Mana taknya, makanan sangat penting, kerana ia membekalkan anda tenaga untuk berjalan sepanjang hari!

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerary dan Tips Lengkap 4 Hari 3 Malam ke Pulau Weh, Bandar Acheh dengan kos RM340

#6 Rahsia Gambar Percutian Jadi Menarik Tanpa Guna Kamera Canggih