in , ,

Tavel hacks: Cara Mengaktifkan Debit Card Pengeluaran Antarabangsa

Boleh kurangkan risiko kehilangan wang tunai yang banyak ketika melancong!

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan gossip celebriti sensasi tanah air Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang dikatakan pernah kehilangan duit berjumlah $40,000 euro (RM184,000) sewaktu bercuti di Switzerland. Sahih atau tidak berita ini Wallahualam. Cuma apa yang admin nak ceritakan sekarang tentang cara-cara kita untuk mengelakan musibah ini supaya tidak terjadi buat diri kita.

Bank-bank Malaysia

Saya tahu ramai antara travellers dan backpackers kat Malaysia ni masih kurangnya kesedaran tentang penggunaan debit card antarabangsa. Masing-masing lebih selesa bawak cash berkepuk-kepuk kerana tak mahu rugi dikenakan kadar pertukarang yang sedikit tinggi sekiranya membuat pengeluaran duit di mesin ATM sewaktu melancong ke luar negara.

Tapi malang tidak berbau! Ingatlah bahawa mengelak lebih baik dari mengubati. Bayangkan jika wang tunai yang kita bawa lesap ketika sedang melancong ke luar negara?! Bukankah situasi macam ni akan lebih memburukkan?

Berikut adalah Q&A untuk topik hari ini.

  1. Apakah itu mengaktifkan debit card antarabangsa?

Untuk makluman pembaca semua, card ATM yang korang ada sekarang tidak berfungsi dekat mana-mana negara lain selain Malaysia walaupun dekat card tersebut ada simbol MEPS dan dekat ATM tersebut ada simbol MEPS.

Dengan mengaktifkan debit card korang, debit card tersebut akan berfungsi sepanjang keberadaan korang dekat luar negara.

  1. Penting ke kita aktifkan debit card antarabangsa ni?
delayed flight
delayed flight

Penting! Mari admin tunjukkan 3 situasi mudah bila mana korang akan nampak kepentingan mengaktifkan debit card antarabangsa ini.

  • Bayangkan korang kehilangan semua wang tunai sebab dicuri sewaktu korang tengah sibuk melancong di Bali? Yang lebih parah, pada waktu itu korang sendirian.
  • Korang tengah jalan-jalan di salah sebuah shopping mall di Paris(contohnya). Tiba-tiba butik favourite mak korang buat sales 70% untuk semua barangan! Korang nak beli, tapi sayangnya duit tak cukup. Kalau ada pun korang kena simpan for emergency purposes.
  • Korang tengah melancong ke Boracay. Pada mulanya korang ingat korang bawak duit cukup. Tiba-tiba masa dah sampai tu korang sedar yang rate hotel korang nak menginap tu sedikit tinggi berbanding dengan apa yang korang survey online. Dan untuk berjimat, korang terpaksa batalkan aktiviti menyelam korang.

Haaa! Bila terjadinya situasi macam ni, dengan menggunakan debit card yang telah di aktifkan korang boleh terus withdraw duit korang kat mana-mana mesin ATM berdekatan.

  1. Admin dalam debit card saya duit tak adalah. Macam mana?

Okay firstly memang admin cadangkan korang bawaklah debit card yang ada duit. Kalau balance debit card tinggal RM30 tu, elok korang tinggalkan je kat Malaysia. Tapi kalau dah jadi macam ni, jangan panik! Contact ibubapa atau sahabat handai yang paling boleh diharapkan kat Malaysia trough whatsapp. Minta tolong diorang transferkan duit kedalam account bank tersebut. Transfer duit Ringgit tau! Tak perlu convert! Terus pergi ATM dan withdraw!

 o-DEBIT-CARD-facebook

  1. Bila kita patut activekan penggunaan debit card antarabangsa?

Jawapan admin adalah sekurang-kurangnya sehari sebelum korang berangkat keluar negara.

  1. Boleh ke activekan apabila kita dah sampai ke luar negara?

Boleh! Kalau korang tak kesah bayar lebih untuk membuat panggilan ke Malaysia. Ataupun kalau korang ada sistem perbankkan online seperti maybank2u. Cimb clicks. Dan lain lain.

  1. Minggu depan saya nak keluar negara! Macam mana nak activekan sistem pengeluaran antarabangsa?
  • Pergi ATM berdekatan. —Sibuk? Tak ada masa? Malas nak bersesak cari parking? Okay move on kepada cara kedua.
  • Call bank terus. Buat urusan dengan operator. —Eh tak ada credit pulak? Takpe. Move on kepada cara ketiga.
  • Gunakan sistem perbankkan online. –Hmm kalau ni pun korang bagi alasan. Takpe korang bawak jelah cash berkepuk. Haha!

currency-exchange-rates

 

Link penting tentang detail untuk mengaktifkankan pengeluaran debit card antarabangsa :

Inilah tips pengaktifan debit card pengeluaran antarabangsa yang admin kongsikan untuk hari ini. Benda ni sangat penting ketika travel. Jangan pandang remeh tau!

Dapat manfaat dari artikel ni? Share dan tag travel buddies anda supaya lebih ramai yang tahu tentang perkara ini.

 

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#6 Rahsia Gambar Percutian Jadi Menarik Tanpa Guna Kamera Canggih

Getting around New Zealand: What is the best option?