in

Teringin ke Korea Utara? Pemuda Ini Tunjukkan Bagaimana.

Anak jati Malaysia ni!

Pernah bercita-cita nak ke Korea Utara? Apa? Anda rasa mustahil? Jangan risau, pemuda Malaysia ini membuktikan yang tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Ya, dia terbang ke Korea Utara untuk menunaikan mimpi-mimpi kita semua!

Tenang, saya catatkan pengalaman penuh Mr Reuben Teo ini untuk kemaslahatan kita semua. Iyelah, mana tahu ada yang masukkan rancangan untuk travel ke Korea Utara sebagai azam tahun 2017. Fiuhhhhh!

4-bladed AW-68 I constant speed feathering propellers and round windows!

Bagaimana Hendak ke Pyongyang?

Kalau di Malaysia kita ada Kuala Lumpur, di Korea Utara mereka ada Pyongyang. Pyongyang merupakan ibu negara Korea Utara dan merupakan kota yang terbesar di Korea Utara. Pada tahun 2008, Pyongyang mencatatkan populasi sebanyak lebih daripada tiga juta penduduk. Menarik kan?

Ramai orang yang semacam tidak percaya apabila Reuben Teo mengatakan hasratnya untuk melancong ke Korea Utara. Iyelah, jarang-jarang benar kita dengar ada orang yang melancong ke sana. Penerbangan terus dari Malaysia ke Korea Utara pun takde, walaupun Malaysia antara negara yang tidak memerlukan visa untuk masuk ke Korea Utara. Ya betul, rakyat Malaysia tidiak perlukan visa untuk ke Korea Utara!

Beberapa tips yang dikongsikan oleh Reuben Teo adalah:

#1: Cari Agensi Pelancongan

Kalau anda memasang niat untuk solo backpacking ke Korea Utara, anda boleh kambus niat anda cepat-cepat. Haha! Sebab memang mustahil untuk anda melancong ke Korea Utara tanpa melalui agensi pelancongan. Jadi, sebelum merancang lebih lanjut untuk ke sana, cari terlebih dahulu agensi pelancongan yang menawarkan servis untuk ke Korea Utara.

Untuk Reuben Teo, beliau memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Juche Travel Service. Seperti biasa, sebelum membuat pilihan, pastikan anda membuat sedikit kajian terlebih dahulu; jangan main sauk sahaja mana yang murah.

#2: Uruskan Visa

Haaa, istimewanya bagi rakyat Malaysia, anda tidak perlukan visa untuk ke Korea Utara. Jimatlah sikit duit dan proses untuk kesana. Cuma seperti biasa anda akan disuruh untuk mengisi borang yang disediakan oleh kerajaan Korea Utara.

Jangan risau jika anda memiliki kewarganegaraan selain daripada Malaysia, agensi pelancongan tersebut akan menguruskan visa anda.

#3: Lampu Hijau

Selepas urusan permohonan dengan agensi pelancongan yang telah anda pilih, anda hanya perlu tunggu beberapa bulan sebelum kerajaan Korea Utara meluluskan permohonan anda (kalau lulus lah). Selepas dapat lampu hijau ini, barulah anda mula merancang dengan baik perjalanan tersebut.

Dropping off some passengers who are going to board the Antonov An-24

#4: Terbang Dari Mana?

Untuk ke Korea Utara, tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain di sekitar Malaysia. Yang ada cuma melalui Beijing, Shenyang & Vladivostok sahaja. Jadi mulakan perancangan anda dengan sebaiknya.

Kalau anda memang dari Malaysia, tentu sahaja kami sarankann anda untuk memulakan pengembaraan dari Beijing kerana lokasinya yang lebih dekat dengan Malaysia dan sudah tentu tiketnya lebih murah berbanding yang lain.

Tapi, manalah tahu anda sedang menghabiskan pengembaraan Trans-Siberia, anda bolehlah memulakan perjalanan dari Vladiivostok. Heh!

#5: Mula!

Haa, dah decide nak mula dari mana? Beli tiket ke sana cepat-cepat dan transitlah ke Pyongyang. Negeri yang penuh debaran dan misteri. Heh!

Waiting Hall inside the Pyongyang Sunan International Airport

#6: Hormati Supreme Leader!

Apabila anda menjejakkan kaki ke sana, jangan pernah terlupa peraturan ini. Sentiasa mematuhi arahan dan tunjukkan penghormatan anda kepada Supreme Leader mereka. SENTIASA.

Sudah semestinya sebelum ke Pyongyang ada beberapa peraturan yang perlu anda turuti dan ada beberapa perkara yang dilarang untuk dibawa kesana antaranya:

Buku

Hah? Tak boleh bawa buku? Bukan semua buku tidak boleh bawa tetapi buku-buku yang mengkritik cara pemerintahan Republik Korea Utara an apa-apa sahaja terbitan yang berkaitan dengan agama adalah dilarang sama sekali.

Iyelah, mana ada orang yang suka dikritik dalam dunia ni kan? Dan, sudah tentu mereka tidak gembira untuk mengalu-alukan kedatangan pelancog yang berbeza pendapat dengan apa yang mereka praktikkan selama ini.

Kalau buku haram, apa pula yang wajib bawa?

Antara perkara yang wajib dibawa adalah pakaian formal (seluar slack, kemeja, kasut kulit dan tie), lampu suluh, kamera, ubat-ubatan dan perkara-perkarar penting yang lainnya. Jangan risau, perkara-perkara ini semua akan diingatkan berulang-ulang kali oleh agensi pelancongan yang anda pilih.

View of the sacred Mount Paektu from the Samjiyon airport

Untuk peminat teknologi, jangan bimbang. Gajet-gajet seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet tidak diharamkan di Korea Utara. Tetapi bagi kaki Facebook, Twitter dan Instagram, ada satu masalah. Di sana, anda kena berpuasa daripada melayari internet. FIuh, agak mencabar kan! Haha!

Hahh, nantikan bahagian kedua berkaitan isu melancong ke Russia.

Terima kasih kepada saudara Reuben teo kerana sudi meluangkan masa berkongsi cerita ini dengan kami dan mengizinkan kami untuk menerbitkan cerita ini disini. Anda boleh melayari laman web Reuben Teo disini: www.ReubenTeo.com atau laman Facebooknya: Landscape Photography by Reuben Teo

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Travel around India for 13 days just with RM4000. This is how I did it

Ingin Bekerja di New Zealand? Baca Maklumat Mengenai Working Holiday Visa Ini