in

“The Bund” Apa tu ? Wanita Ini Kongsi Tips Dan Pengalaman Nya di Shanghai !

Teruja betul abam baca perkongsian Puan Nurul Hasanah di Shanghai. Teringat pula filem filem lakonan Jackie Chan ! Pernah tak korang terfikir nak ke sana?  Baca catatan ringkas sebagai persediaan korang menakluk Shanghai disini, pertama di TheRuka !

The Bund !

Bismillah.

The Bund cukup sinonim dengan negara metropolis Shanghai, China. Dari kaca mata wanita muslim yang bekerja dan “addicted” dengan penggembaraan seperti aku, Shanghai merupakan salah satu negara yang boleh kita kunjungi untuk melihat kemajuan teknologi, disiplin masyarakat and kekuatan ekonomi. Tujuan asal ke Shanghai adalah untuk bekerja. Ada misi yang perlu diselesaikan. Bertempoh 16 hari dari hari pertama sampai ke negara yang memiliki lebih 24 million jumlah penduduk itu.
Setibanya di Pudong International Airport, aku mula terasa diri benar-benar jauh dari tanah tumpah Malaysia. Walhal, pada asalnya setiap kali tiba di balai pelepasan, aku adalah manusia yang teruja untuk “boarding” seolah-olah ini adalah penerbangan pertama. Ia berlaku setiap kali percutian / pengembaraan baik solo mahupun dengan pasangan. Shanghai merupakan negara ke-7 yang aku jejaki sepanjang usia 28 tahun ini.

The Bund by Hasanah

Lebih 2 minggu keberadaan si shanghai, berikut sedikt tips untuk yang ingin menerokai shanghai:

  • Bahasa
    Hampir keseluruhan masyarakat Shanghai bertutur menggunakan Bahasa mandarin dan Bahasa Tionghoa. Jika anda tidak memiliki salah satu kemahiran Bahasa tersebut, point di bawah boleh di gunakan. English hanya digunakan di Hotel bertaraf International, Restoran besar dan kedai / pusat membeli-belah moden.

By Nurul Hasanah

  • Pen dan Kertas
    Jika anda mengalami kesukaran berkomunikasi seperti point di atas, adalah mustahak untuk sentiasa memastikan anda membawa pen & kertas. Ini penting untuk mencatat segala info, namun lakaran tempat/ Struktur bangunan lebih membantu memandangkan sesetengah warga shanghai tidak dapat membaca tulisan yang berbahasa English. Sebagai contoh anda bercadang untuk ke Oriental Pearl Tower, anda boleh lakarkan secara kasar bentuk bangunan untuk di tunjukkan kepada pemandu teksi / orang sekeliling jika anda kehilangan arah.

By Nurul Hasanah

  • Kad Hotel/ Hostel
    WAJIB untuk anda membawa “Business card” hotel / hostel tempat anda menginap. Ini sangat membantu anda untuk sekiranya anda terlupa laluan untuk balik ke tempat penginapan.
  • “Paper-Base”
    Pastikan tempahan tempat penginapan dilakukan di Malaysia. Bawa bersama baucer hotel/ hostel, “boarding-pass” 2 hala, segala bentuk resit tempahan kereta sewa atau tempat lawatan. Baucer hotel/ hostel dalam bentuk fizikal memudahkan anda ketika mencari laluan ke tempat tersebut kerana kebanyakan hotel/ hostel yang di tempah mempunyai dwi Bahasa.

 

  • International Adapter
    Hampir disemua hotel/ restoran atau pejabat menggunakan pin 2 mata (socket) dengan jumlah 200-240 volt 50 kHz. Menjadi keperluan untuk anda membawa international adapter

Socket

  • Waktu Tempatan
    Shanghai terletak di dalam lingkungan negara Asia. Waktu tempatan Shanghai dan Malaysia adalah sama (GMT+8). Namun di Shanghai waktu berkerja bermula seawal pukul 7.00 pagi. Rancang perjalanan anda agar tidak bertembung dengan kesesakan train ketika “peak hour”. Percaya atau tidak, jika anda merancang keluar ke tempat lawatan sekitar pukul 7 pagi, anda hanya mampu memasuki train yang ke-6 atau ke-7. Kepadatan train 2 kali ganda berbanding Malaysia!

By Nurul Hasanah

  • Makanan Halal
    Berada di negara yang majoriti nya bukan beragama Islam, adalah menjadi kesukaran mendapatkan makanan halal. Namun, tuntutan 16 hari berkerja di Shanghai menjadikan aku mahir dalam mendapatkan info kedai makan/ restoran halal. Rakan sekerja juga sangat membantu. Berikut pautan nama dan alamat kedai makan/ restoran yang boleh anda cuba ketika berada di sana.

https://www.zabihah.com/sub/ynM45fC39h
http://www.islamichina.com/shanghai-halal-restaurants.html
https://www.travelchinaguide.com/cityguid

Nyum !

  • Train
    Jika Malaysia bangga dengan LRT, Korea ada Subway, Shanghai pula mempunyai jaringan metro ke-2 terbesar selepas Tokyo dengan 34,000,000 line. Pengalaman yang paling melucukan ketika menaiki train ke Nanjing Road yang mempunyai 2 pintu utama, East dan West Nanjing. Aku menyangkakan 2 station ini terletak di kawasan liputan yang berlainan dan jauh antara 1 sama lain namun setelah 20 minit berjalan sekitar Nanjing Road, aku menemukan West Nanjing station berjarak lebih kurang 500m dari East Nanjing! Untuk takrif dan Metro card boleh dapatkan info seperti pautan di bawah. Dan berita gembira untuk pengguna iphone, metro map boleh didapati di iTunes. Muat turun dan rancang perjalanan anda semaksimanya!

https://itunes.apple.com/app/explore-shanghai-metro-map/id340706615?mt=8
https://www.travelchinaguide.com/cityguides/shanghai/transportation/subway-ticket.htm

Night Life

Shanghai in 1 day!

Ramai beranggapan Shanghai mungkin sukar untuk diterokai berbanding negara Asia yang lain seperti Jepun dan Korea, namun hakikatnya anda boleh memanfaatkan sehari yang padat untuk melengkapkan itinerary anda. Ini memerlukan anda keluar seawal 6.30 pagi untuk menggelakkan terkandas dalam kesesakkan metro, terus menuju ke The Bund untuk mendapatkan “shoot” awal pagi yang menarik tanpa gangguan ramai pengunjung.

The Bund merupakan salah satu tempat tarikan yang menerima kunjungan terbanyak sepanjang hari. Lanjutkan perjalanan anda ke Xintiandi yang sering disebut sebagai Kota Tua shanghai. Nikmati secawan kopi dengan pemandangan “bandar” berkonsepkan English-moden. Setelas puas berjalan sekitar, misi puncak bermula di Nanjing Road.

Berhati-hati sekiranya anda datang bersama pasangan, besar kemungkinan anda mungkin memerlukan 1-2 jam untuk menawan keseluruhan Nanjing! Dari pusat membeli belah, tempat-tempat makan dan keunikan rekabentuk bangunannya. Rehatkan diri sebentar menikmati bangunan pencalar langit di People Square. Ia merupakan dataran awam di daerah Hungpu. Tidak sah perjalanan anda ke Shanghai sekiranya tidak melewati Oriental Pearl Tower yang terletak di Lujiazui, daerah Pudong.

 

Memasuki waktu senja, anda boleh menikmati pemandangan keseluruhan bandar Shanghai sehinggalah ke Huangpu River dari tingkat ke -88 di Jin Mao Tower Observation deck. Bangunan ini merupakan bangunan ke-3 tertinggi di Shanghai dan mempunyai 93 tingkat keseluruhannya. Setelah puas dengan pemandangan kota, waktu malam anda lebih indah jika berkunjung je Yu Garden. Seni bina dari Dinasti Ming ini di jadikan tempat lawatan umum dengan deretan kedai cenderahati sekitarnya. Di sini juga tempat mendapatkan magnet fridge yang murah! Anda sudah menamatkan lawatan ke 7 tempat di Shanghai!

i love shanghai

Memandangkan trip kali ini atas urusan kerja, tips tempat kediaman tidak sesuai di kongsikan kerana aku diberikan sebuah apartment studio house dengan semua kelengkapan tersedia. Jimat duit den J. Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu dan ada manfaat yang boleh di ambil dari catatan ini.

By Nurul Hasanah

Yang baik itu rezeki Allah yang bagi
Yang buruk itu daif dari diri sendiri.

“Tinggalkan sejuta langkah di dunia, semoga apa yang diteroka ada manfaat menunggu di sana”

Amacam korang? Ada rasa nak pergi Shanghai? Hasanah dalam proses menyiapkan buku travelog nya juga. Semoga dipermudahkan !

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Lokasi Adventure di Malaysia Yang Menjadi Idaman Semua Traveller

Itinerari 4 gadis ke Lombok-Bali-Flores selama 8hari 7malam dengan kos RM 1659. Memang puas hati!