in , , , ,

Tips dan itinerari 11 hari ke Vietnam-Thailand-Cambodia dengan kos RM 1194. Backpack style!

 

Backpack-style trip for 11 days with buddies

Rate currency semasa

1. MYR to USD – 4.23
SGD to USD – 1.395

2. MYR to THB – 0.1206
USD to THB – 34.63

3. MYR to VND – tak ingat rate sbb tukar di hotel Vietnam.
RM200 = VND1,000,000
USD5 = VND110,000

COST

1. Transportations = RM597.20
2. Fees = RM125.30
3. Accomodation = RM198.20
4. Meals = RM146.30
5. Shopping = RM108.20
6. Others = RM18.10

Total costs = RM1193.30
Lost items = shampoo + pencuci muka + gunting misai = +-RM30

TIPS

A) Vietnam
1. To/from airport – boleh naik Uber (VND80k-100k). Nak uber bike pon ada. Kalau naik taxi harga mahal & ada masalah nak bercakap. Tak macam uber. Bas pun ada hanya VND20k sorang, tapi tak tahu bas nombor berapa.
2. Shopping di night market lagi murah daripada Ben Thanh Market. Boleh beli guna USD, MYR & VND.
3. Makanan halal senang jumpa di area night market sahaja. Banyak restoran dan gerai. Wajib pekena kopi yang jual atas motor sekitar situ. Belilah serbuk kopi sekali bawa balik Malaysia. Nanti teringat-ingat pulak.

B) Cambodia
1. Semua jual beli dalam USD.
2. Souvenirs – beli di Ta Prohm (di Angkor Wat) jauh lebih murah berbanding di bandar.
3. Tuk-tuk – deal dengan Salim, (+855) 98571840 lebih murah & ringan tulang. Boleh cakap Melayu & English.
Atau boleh juga deal dengan Ibrahim, (+855) 17658262 / (+855) 93570348. Juga boleh berbahasa Melayu & bertolak ansur.
4. Makanan halal – boleh minta Salim bawa ke kedai abg dia, Seam Reap Backpackers Halal Restaurant. Murah drpd My Family, air FREE, makanan sedap.
5. Tiket bas – boleh juga minta tolong Salim dan keluarga belikan. Jauh lebih murah.
6. Uber – tiada uber langsung. Hanya tuk-tuk dan taxi.

C) Thailand
1. 7Eleven – bersepah di Thailand. Minuman & snack halal senang didapati dan lebih murah daripada Malaysia.
2. Makanan halal tidak begitu susah diperoleh. Search sahaja di mana masjid, pasti di kawasan sekitar ada kedai makan halal. Atau di night market, pasti ada juga gerai halal.
3. Simbol halal – kedai/gerai halal akan ada simbol bulan bintang TAPI ada juga kedai yang gunakan simbol ini untuk marketing semata-mata. Keadaan kedai & peniaga tak macam Muslim style.
4. Sewa motor :
4.1. Kanchanaburi – mostly THB200@250. Cari yang motor dia tak banyak atau di tempat terpencil, lebih murah.
4.2. Bangkok – tak perlu!
4.3. Pattaya – kalau mahu carilah di lorong2 atau luar kawasan tumpuan, harga THB160-180. Di luar, THB200 dan ke atas. Tapi Taxi Jeepney sangat banyak & BAYAR THB10 bila anda turun. JANGAN tanya sebelum naik nak pergi mana & berapa. Tahan & naik sahaja. Pastikan route dia sama arah dgn tujuan anda (gunalah maps).
5. Uber – hanya di Bangkok sahaja, Kanchanaburi & Pattaya tiada langsung.
6. To/from airport Pattaya – perjalanan 40km je atau 30-40 minit, tapi sangat mahal. Jika dalam group, lebih baik ambil taxi (book dekat hotel). THB800 nego lah sikit. Boleh dpt 700. Kalau taxi tepi jalan semua risiko sikit nak percaya dan mahal. THB1000 normally. Naik van boleh, THB250 sorang tapi sumbat macam sardin.
7. Hotel Pattaya – sila cari bilik di area Pattaya Beach ataupun Jomtien Beach. Jangan di Na Klua atau Wong Amat Beach. Pantai tak boleh nak mandi, jauh dari Pattaya City.

Tips Tambahan

1. Bawa bekalan makanan serba sedikit (biskut, maggi, Berahim). Alhamdulillah ada orang sponsor kami Berahim 31 packs (21 nasi campur nasi beriyani & putih serta 10 packs lauk). Jadi kami boleh makan utk 10 hari. Sehari sekali makan berat, Berahim (buka 2 nasi & 1 lauk, kongsi 3 orang).
2. Toiletries – bawa setiap satu je then share except personal things (toothbrush or else).
3. Towel – tak perlu pun takpa sebab basically provided. If needed too, just bring face-towel je, kecik, ringan & cepat kering. Sekadar nak lap badan je kan.
4. Hotel – carilah yang dekat dengan masjid (kalau ada masjid) supaya senang cari tempat makan dan solat.
5. Offline maps – suggest to use maps.me. Download apps then download which country u want.
6. Raincoat – kalau musim hujan, bawa siap-siap dari Malaysia.
7. Wallet & phone – sila letak di poket seluar depan bukan di punggungmu. Bahaya!
8. Duit – Jangan letak sekumpul di dalam wallet. Pecahkan seperti di wallet untuk kegunaan masa tersebut & simpanan di tempat lain, pouchbag misalnya.
9. Pouch bag – disarankan pakai. Senang & lebih selamat letak fon & wallet. Pakai ke depan bukan ke belakang. Ikat di pinggang dan sangkut pada leher.
10. Kasut – tapak yang soft dan lebih bersifat running shoes. Tak sakit kaki menapak. Atau lebih ringkas dengan memakai sandal (tak perlu bawa selipar).
11. Data roaming – bagi pengguna postpaid Umobile, ada boleh gunakan plan “backpack data” untuk FREE roaming. Sila semak di website umobile.

Baca juga : 19 Hari Dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur Dengan Bajet Minima

ITINERARI

21/10/2016
•bekalan makanan, RM45/3 = RM15
•10pm, JB-KUL by AirAsia, RM70

Day 1, 22/10/16
•4.30am, breakfast KFC, RM9
•7am, KUL-SGN by AirAsia, RM36 + luggage (RM60/3=RM20) = RM56
•9am sampai di Saigon kemudian naik Uber dari Airport ke Hostel, kos VND970,000/3pax = VND323,000
•check in Galaxy Hotel & Capsule, VND180,000 via booking.com x 2 nights = VND360,000
•10am pergi ke War Museum, VND15,000
•petang hujan so tidur sampai maghrib (6pm). Lepas maghrib keluar ke Night Market & Saigon Square.
•beli short pants+sleeveless = RM25
•kopi secawan, RM3
•beli kopi paket, 1 paket 500g, RM10 x 2 = RM20
•10.30pm dinner di Restoran Al Amin, VND115,000/3 = VND38,000

Day 2, 23/10/16
•8am-2pm, Cu Chi Tunnel, VND200,000 (transportation+tour guide+entrance fees). Beli di bawah New Pearl Hotel.
•air masak VND10,000.
•7pm, night market lagi. Baju hujan, USD1
•roti Subway tepi jalan, VND20,000
•kopi secawan, RM2
•tambah lagi kopi sepaket, RM10
•pouch bag, RM20

Day 3, 24/10/16
•1.30pm, Saigon-Seam Reap, VND410,000. Beli di bawah New Pearl Hotel. Tapi ada lagi murah di dobi corner lot. VND375,000
•7.30pm, tiba di Phnom Penh.
•11.30pm, gerak ke Siem Reap.

Day 4, 25/10/16
•5.30am, tiba di Siem Reap. Tuk-tuk (USD15 dari mula sampai lah balik Angkor Wat) ke Tom & Jerry Guesthouse (USD22/3 = USD7)
•6.30am-1.30pm, Angkor Wat, USD20
•6.40pm, keluar dinner di Backpackers Guesthouse. Lembu naik bukit + nasi goreng thai 2, USD10/3 = USD3. FREE air limau & teh.
•7.30pm, pub street & night market.
•beli sleevesless 2pcs, USD4
•fruit shake, USD1

Day 5, 26/10/16
•11.30am-2pm, naik van ke Poi Pet border, USD7.5
•2.30pm, pass the border of Poi Pet (THB100 kena pau dengan pegawai imigresen) & Aranyaphratet.
•3.30pm-9.30pm, bus ke Bangkok, THB203
•Air, THB14

Day 6, 27/10/16
•Roti, THB20
•4.40am-7.40am, van ke Kanchanaburi, THB120
•9am, check in Cithanun Guesthouse, RM70 (2 nights) / 3 = RM23
•laundry 7kg, THB150/3 = THB50
•air+roti, THB33
•5pm, jalan-jalan sekitar guest house
•air protin, THB49
•sewa 2 biji moto sehari, THB320/3 = THB107
•minyak moto, THB232/3 = THB77. (1L = THB24.++ @ +-RM3)
•8pm, night market. Banana pancake, THB25

Day 7, 28/10/16
•8.15am-9.15am, Erawan National Park (70km) via moto. Entrance fees, (THB20 x 2 = THB40) + ticket, (THB300 x 3 = THB900) = THB940/3 = THB313
•minyak moto, THB140/3 = THB47
•1.15pm, gerak ke Thai-Burma Death Railway (+-40km dari Erawan)
•dinner, THB90
•9pm, thai massage, THB200

Day 8, 29/10/16
•7.19am-10.40am, train Kanchanaburi – Thon Buri (Bangkok), THB100
•uber ke Khao San Road, THB80/3 = THB27
•2pm check in Miss Zhao Hostel, THB175 via booking.com
•dinner di Kassim Roti-Mataba, THB110

Day 9, 30/10/16
•11am, uber ke Cubic Pratanum, THB87/3 = THB29
•check in Cubic Pratunam, RM86/3 = RM29 via agoda
•12pm, menapak ke MBK lepak-lepak
•maggi tomyam, THB48/3 = THB16
•6.30pm, dinner padthai di Farida Fatornee, THB70
•8.30pm, menapak ke Pratanum Night Market. Beli sleeveless, THB100

Day 10, 31/10/16
•11.30am, walk to Victory Monument minibus station.
•1pm, minibus to Ekkamai, THB60
•1.30pm, minibus to Pattaya, THB140
4.15pm, check in View Talay Hotel, RM83.63/3 = RM28 via AirAsiaGo
•7.45pm, jeepney to Jomtien Night Market, THB30. Dinner seafood, THB150
•jeepney back, THB20

Day 11, 1/11/16
•12pm, check out
•jeepney to Pattaya City THB20
•drink, THB20
•jeepney to Masjid Darul Ibadah, THB10.
•jeepney to Pattaya Tai, tumpang bermalam di Masjid Toatillah, THB10
•4pm, jeepney to beach, THB10
•nescafe, THB14
•hujan, so lepak dalam mall je
•6.30pm, jalan kaki balik masjid (-+2km)
•dinner at Amir Halal Food, THB100

Day 12, 2/11/16
•5.40am, menapak ke Estiny Hotel utk ke airport
•7.30am, taxi to airport, THB700/4 = THB175. *dengan uncle mat saleh sorang. +-40km, 50 minutes drive.
•10.50am, flight to Singapore (2h30m), RM92 (promo)
•1.35pm, landed Changi Airport
•2.20pm, my uncle pick up and having lunch (sponsored by my uncle), then go to Woodlands Checkpoint
•3.30pm, bus to JB Sentral, SGD1.30
•4pm, arrived JB Sentral

Boleh ikut kisah pengembaraan saya melalui gambar-gambar di bawah

Our dorm lobby. Galaxy and Capsule Hostel. FREE wifi. Booking guna Booking.com / Agoda.
1 night per head, USD7.5. Lebih kurang RM31 semalaman.
The capsules
Kelas dia punya suis. Kena insert card dulu macam hotel. Jangan lupa bawa adapter 2 pin untuk charge fon
Sinki dorm kami
Every person dapat satu locker. Senang nak tinggal barang dengan yakin. Ada cctv menghala ke locker.
Toilet and bathroom
Kami usha area sini untuk beli tiket ke Chuchi Tunnel esok (23/10/16) & tiket bas ke Seam Reap pada 24/10/16. Dan di bawah hotel ini kami jumpa lebih murah dan senang kawtim daripada sebelumnya
Sekitar night market ni banyak restoran Halal. Dan ramai orang Melayu berlegar kawasan ni. Nak beli beg deuter ke sweat pants ke sini ada banyak.
Saigon Square. Panjang park nya lebih kurang 1km hujung ke hujung. Malam je jalan di tutup jadi ramai lah orang berkunjung di sini

Cu Chi tunnel tour (terowong zaman perang vietnam – US dulu)

Inside Cu Chi Tunnel area
Jalan masuk tunnel sangat kecil
Zaman perang vietnam dulu tayar buruk menjadi sandal yang digunakan oleh tentera Vietnam ketika perang.
Contoh pakaian askar vietnam dulu. Mereka semua guna sandal je.
Di sinilah askar Vietnam membelah bom-bom besar tentera Amerika menjadi bom-bom kecil tapi berbisa
Bom yang dihasilkan daripada pembelahan bom tentera US.
Sebelum bom milik tentera US dibelah
At the end of the Cu Chi Tunnel tour, kita akan dijamu ubi kayu bagi merasai zaman perang mereka dahulu.
Cari tiket bas Ho Chi Minh – Phnom Penh – Siem Reap. Tiket beli di New Pearl Hotel, d410,000. Tips: cari lagi di tour agent. Banyak dan lagi murah.

Cambodia

Ini lah keadaan dalam tempat clearance passport. Macam bekas tinggalan kilang je kut
Bas malam dari Phnom Penh-Seam Reap. Bertolak pukul 11 malam sampai pukul 5.30 pagi. Selimut disediakan ya. Tapi tak memadai kalau tak pakai sweater macam diorang ni. Sebab aircond dia sangat sejuk
in front of Angkor Wat
Bophuon Temple. Tak sepopular Angkor Wat. Tapi lagi besar dan tinggi
Bird’s eyes view from Bophuon Temple
Maliki, dia dan family dia boleh uruskan soal transportation, penginapan dan ada restoran keluarga untuk Muslim Backpackers. Mereka boleh berbahasa Melayu.
Contact number mereka. InsyaAllah senang berurusan
Makanan di sini murah-murah dan sedap.
FREE wifi & air limau dan teh setiap kali makan sini
Menu special Cambodia, Lembu naik bukit dan sos nya (sos tauhu & blackpepper. Agak masam sikit). Lauk ni include nasi putih, USD6
Ini pula Thavy Ibrahim, our tuk-tuk driver pergi Angkor. Dah deal lama dengan dia since planning di Malaysia. Ibrahim fasih berbahasa Melayu. Senang berurusan dengan dia dan baik hati. Ini nombor nya utk dihubungi, wasap je. Laju lah dia balas kalau time tak atas tuk-tuk
+855 17 658 262
+855 93 570 348

Thailand

Tiket bas dari Aranyaprthet-Bangkok.
THB203 seorang. 5 jam perjalanan
4.40am. Bergerak ke Kanchanaburi by minibus (van). THB120 seorang. Ade 14 passengers dalam van ni. Kau bayang…
27/10/16, 7.20am, tiba di Kanchanaburi. Sedikit hujan
Menapak dari bus station ke guesthouse dalam 45 minit jugak lah. Chitanun Guest House, booked bilik 2 org guna Agoda, RM58 for 2 nights.
Ala-ala resort sikit. Aunty owner rajin berkebun
Okay, ni bilik kami, paling belakang. Hanya kami je yang menginap dalam guest house ni. Tak nampak bayang tourists lain.
5pm, jalan-jalan kaki sekitar guest house usha moto untuk sewa esok hari ke Erawan. Si Merah (Ducati) & Si Putih sebelah tu bikin abg geram. Sehari baru THB500 (RM59), mana nk dpt kat Malaysia. Nak beli mahal. Sewa scoot kt Penang pun RM70 sehari.
Day 7: 28/10/16, here we go after +-70km scoot ride about 1 hour. Cabaran beb pakai helmet perang gini. Angin kuat, kenderaan besar lain potong naik pasir, mata berair.
Erawan National Park Tickets. THB300 per person
Ada 7 level waterfalls dia. Kitorang naik sampai 7 lebih kurang 1 jam campur salah jalan mula2.

Ni kat level 3 tak silap
Lepas turun dari Erawan National Park pukul 1.15pm lebih kurang, terus pergi ke Thai-Burma Death Railway di Tham Krasae Station. Lebih kurang 30 minit dan +-40km.
29/10/2016, 1pm di Khao San Road, Bangkok sebelum check in di Miss Zhao Hostel. Paling murah! THB175 seorang. Service tiptop siap prepare payung untuk kitorang keluar petang. Condition hostel sangattt baik. Owner muda je lagi, tapi rajin menyapu, mop lantai dorm. Mozek lantai boleh cermin muka.
11am, check out Miss Zhao Hostel. Jalan ke Khao San Road tunggu uber ke Cubic Pratanum, THB81. Naik Mitsubishi Attrage. Semalam naik Mazda 3
Memang mewah hotel ni tapi kami sewa dorm je. Level 8, atas sekali
Cubic dia besar, ada peti besi kecil, ada towel dan ampaian. Plug usb pun siap sekali.
Dorm paling mewah pernah aku duduk. Ni booking kat Agoda. Ada promo masa tu, RM86 3 orang
Masjid terdekat dengan Cubic Pratanum. Dekat area masjid ni ada beberapa restoran Halal.
8pm, keluar dinner di sini. Sebelah dia pun ada restoran halal. Sini berdekatan dengan Masjid Darul Aman. Owner dia boleh cakap Melayu. Itu yang best.
Day 10, 31/10/16. Bangkok-Pattaya
10am lebih, tuk-tuk hotel hantar kat apa Sky Hotel tah, FREE. Katanya ada van ke Pattaya kat situ. Sekali bila dah sampai sana, kami cari takde. Hanya ada ke Chiang Mai. Syaitonnn punya driver tuk-tuk.
Kemudian stick pada plan asal, menapak pergi Victory Monument (2km lebih. Kalau tak 1km je dari hotel) sebab kebanyakan blog kata ada minibus (van) direct ke Pattaya. Sampai je sana, naik van pukul 1pm, THB60. Rupa-rupanya dia drop kitorang kat Eastern Bangkok Bus Terminal utk shutter van lain. Sekali kena bayar lagi THB140. Dalam van memang full-house macam ni.
Frust jugak lah..! Nasib lah driver ban dua2 memang kaki pecut..
Pukul 3.20pm sampai Pattaya. Mintak drop kat tepi highway je dekat simpang nak masuk hotel, simpang Bangkok Hospital Pattaya. Sebab kalau tak akan jauh dan kami kena bayar taxi or whatever tapi again menapak 2km. Taklah dekat jugak.
Pukul 4pm lebih sikit check in hotel. Bilik 2 org, sumbat 3 org. Hotel agak mewah, ada swimming pool bagai tapi 1km from beach.
Hotel: View Talay Hotel
Harga: RM83.63 booked by agoda. Jimat sikit jelah sebab harga walk in THB760.
Jomtien Night Market. Ada 3 row makanan punya. Ada 3-4 gerai halal, Melayu thai sini, boleh cakap Melayu sikit2
Day 11, 1/11/2016.
12pm, check out View Talay Hotel. Naik jeepney gerak ke Pattaya City sebab nak usha transport to airport. Sampai kat sana jumpa sorang uncle mat salleh pun usha sama. Dia pun nak naik flight yang sama.
So kitorang deal ambil taxi sama2 esok pagi. THB700/4 = THB175. Kalau tak, naik van THB250 sorang atau taxi THB800-1000. Uncle tu deal sampai dapat THB700. Kalau cinggey dia deal kan boleh dapat THB600. Tapi it’s still better since we are 4 pax now.
Beginilah rupa jeepney tu.
Tips dia, korang just naik je. Tapi make sure road korang tu hala yang sama dengan jeepney tu. Naik je and bayar je THB10 sorang masa turun. Jgn tanya apa masa nk naik tu. Memang dia tiaw nanti.

 

Here we go to Singapore from Utapao AirPort. Pattaya to Utapao Airport about 40km and 50 minutes drive with normal traffic congestion.
This man sangat friendly dan selalu kongsi kisah travel dia.
Flight AirAsia, RM92 (promo)
End of this trip

Terima kasih kepada Faris abu bakar kerana berkongsi pengalaman beliau di sini.

P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Baca juga : Itinerari Lengkap Backpacking ke Vietnam Selama 4 Hari 3 Malam dengan kos RM570 “All in”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Catatan Lengkap Aku ke Pulau Jeju

Tips dan itinerari lengkap 10 hari ke Jepun dengan kos RM 2,400