in ,

TIPS MURAH TRAVEL EROPAH

Tips termurah, terbaik dan terpower untuk tawan Eropah!

Siapa je yang tak nak travel negara-negara Eropah ni kan? Rasanya travel Eropah merupakan impian setiap orang. Dari kecil kita sudah diceritakan tentang hebatnya negara Eropah ini. Apatah lagi kita sering disajikan dengan keindahan negara-negara disana melalui filem-filem yang ditayangkan. Itu baru dalam filem. Bagi peminat bola sepak pula ia satu kemestian untuk bergambar di depan stadium-stadium setiap pasukan kegemaran mereka. Terbit juga rasa ingin menyaksikan perlawanan live dengan mata kepala sendiri. Ah pokoknya semua tentang Eropah itu menarik. Kalau boleh sekarang juga mahu ke sana tapi itulah kosnya pula mahal. Bukan senang nak ke sana. Mau makan bubur-bubur berbulan semata mahu simpan wang untuk ke sana. Kan? Tak pun mampu ke sana tapi terpaksa ikat perut makan maggi sahaja. Boleh jadi. Haaa tapi jangan risau kerana saya ada penyelesaiannya.

Lepas ni tak perlu lagi ikat perut, tak perlu lagi makan maggi je. Meh kita sama-sama hadam tips dari saudara Aizuddin Che Azmi. Jadilah traveller bijak!

euro-1

 

Assalamualaikum

Ramai yang tertanya-tanya macam mana ada orang boleh travel murah ke Eropah, kadang-kadang tu macam tak logik dengan harga tu. Pada saya, semuanya bergantung pada planning korang dan sejauh mana korang research untuk dapatkan cheapest price for transportation and accomondation. Kat sini saya nak berkongsi sedikit tips untuk travel ke Eropah based on experiences sendiri. Setakat ni saya travel xde la sampai hari-hari makan roti n maggi, setiap malam tidur dorm, tak beli souvenirs langsung, kena pandai2 la cut budget mana yang patut. Antara contoh eurotrip saya ialah :

  1. Uk tour (london-oxford-liverpool-manchester-cardiff-edinburgh cartrip cost me dalam rm3k ground price)
    2. Eurotrip (Prague-Brussels-Paris-London-Salzburg-Hallstatt rm5.5k all inclusive return flight kl-prague)
    3. Italy tour (milan-venice-florence-pisa-rome-naples rm3k ground price)

euro-4

So kalau sesiapa yang ada merancang nak ke eropah maybe tips ni sedikit sebanyak membantu korang.

TRANSPORTATION
1.Flight yang mostly offer the best price within Europe :
-RYAN AIR ( ni syarikat Ireland dan biasanya dialah yang paling murah macam AirAsia. Contohnya dari Prague-London boleh dapat 20euro, Prague-Brussels 19euro, Bratislava-Berlin 10euro )
-WIZZ AIR ( syarikat Hungary yang offer best deal especially kalau become a wizz member club tapi dia quite strict pasal luggage policy,so kena baca betul2 la)
-EASYJET ( syarikat ni still considered low cost airlines tapi mahal skit dari Ryan Air n Wizz Air but still ok)
-AIR VUELING (Spanish Airlines)
-PEGASUS AIR(Turkish company)
*airlines yang saya bagi ni semuanya low cost airlines yang korang boleh guna kat Eropah untuk dapatkan harga yang murah

  1. Bus yang murah kat Europe :
    -MEGABUS (yang ni antara yg paling murah dan dia cover Uk,Netherlands,france and Belgium,area2 tu la, boleh dapat semurah 1 pound, possible tapi rare la. Saya dapat masa trip dari Brussels-Paris)
    -STUDENT AGENCY (ni syarikat bas Czech Republic, boleh buka website Regiojet.cz untuk booking. Bas ni sangat selesa and service bagus sebab dia bagi coffee,ada screen nak tengok movies. Route dia memang widely extend around Europe la mostly bahagian eastern europe, even dari Prague-London korang boleh pergi dengan bas tapi 24hours la dalam bas haha, saya pun x pernah buat. Contoh harga Prague-Vienna dalam 15euro)
    -EUROLINES (bas ni pun selesa dan selalu ada buat offer kat website dia. Bas ni la yang paling banyak cover seluruh Europe)
    -FLIXBUS (syarikat german bas warna hijau,murah jugak ni)

 

euro-3

3.Train pulak depends pada negara mana, saya boleh suggest untuk Italy ( guna syarikat trenitalia ataupun Italo dari satu bandar ke bandar lain, beli awal untuk dapat harga murah dan boleh merasa naik high speed train. Train kat Europe ni boleh jadi murah dan boleh jadi mahal.

  1. Kereta ataupun Road trip, ni antara paling murah dan selesa la kalau jalan ramai2.

 

ACCOMONDATION
1. Booking.com ( ni mungkin favourite website saya untuk accomondation sebab dia offer good price for Hotel, kadang2 harga dia bagi sama je dengan kita book Hostel tapi sebaliknya dapat duk Hotel. Satu lagi best sebab dia bagi free cancellation dan pay on arrival,so kita boleh cancel bila2 masa dalam tempoh dia bagi)
2. Airbnb.com (sesuai kalau datang dengan family and korang nak masak masa travel and they offer good price gak)
3. Hostelbookers.com ( untuk cari hostel murah kat sini la)
4. Hostelworld.com (untuk cari hostel gak)
5. Couchsurfing.com ( untuk sesiapa yang nak duduk free dan tak kisah stay rumah orang local,nak dapat kawan baru, ni la platform terbaik)

euro-6

MAKANAN
Bab makanan ni bagi saya tak perlu la bawak makanan dari Malaysia, kalau nak pun mungkin bawak maggi je cukup. Antara benda best kalau travel ni bagi saya adalah makan. Untuk makan murah, korang boleh :

  1. Kedai runcit ( kalau korang jumpa kedai orang Vietnam ataupun orang Bangladesh, kedai diorang la paling murah untuk beli air ke biskut ke)
    2. Supermarket (singgah la tesco ke apa2 supermarket yang korang jumpa untuk beli roti buat breakfast)
    3. Street food ( saya suka enjoy local food kalau travel. Mesti ada orang bertanya,halal ke? Ok bagi kami yang belajar kat luar negara ni, as long as makanan tu tak ada pork atau daging, kalau setakat roti dalam dia cheese and tomato, pasta pomodoro,atau fish fillet burger insyaAllah halal macam kat Malaysia la.
    4.Fast food n kebab (kat eropah ni jalan mana2 je mesti jumpa kedai kebab, mostly halal la dan harga pun boleh dapat 5euro macam tu)

Saya harap tips ni dapat membantu sesiapa yang nak merancang ke Eropah. Selamat bercuti!

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anak muda ini mengembara ke Jepun selama 8 hari dengan bajet RM1795. Ini baru travel!

Pengembaraan ke Hong Kong Selama 4Hari 3Malam Dengan Kos RM2000. Ini tipsnya!