in ,

Tips Untuk Anda Travel Busan

Busan ada 137 tempat menarik tau

Cuti akhir tahun hampir tibaaaa dan inilah masanya untuk anda habis masa selepas penat bekerja. Apa guna cuti simpan lama-lama kalau tak guna ye dak? Jadi marilah booking tiket  ke Korea. Nak nak dah nak tiba musim winter ni kan lagi la syok. Haa kalau dah decide nak ke Korea tu jangan lupa travel ke Busan. Terdapat 137 tempat menarik di Busan. Haa gila tak menarik Busan kot. Tapi takpa saya akan kongsi 7 yang sangat menarik berdasarkan review dari pengunjung terdahulu. Yela kalau nak travel semua 137 tempat mau makan berbulan, tak cukup pula cuti nanti. Haha. Okay pendekkan cerita, 7 tempat menarik tu ialah,

1. Haedong Yonggung Temple

2. Gwangan Bridge/ Diamond Bridge

3. Busan Aquarium

4. Pantai Haeundae (Haeundae Beach)

5. Gamcheon Culture Village

6. Beomeosa Temple

7. Taejongdae Resort Park

So kenapa saya kata 7 tempat ni paling menarik? Kenapa? Kenapa? Haaa nak tahu kena la travel kesana. Tak tahu macam mana nak ke sana? Tenang ibu ibu bapak bapak adik adik akak abang tenang. Saudara Muhammad Syukhri Syafee ada kongsi kan tips untuk ke Busan. So dah takda alasan, tinggal book tiket dan terbang. Enjoy guyss 🤗🤗

3

Tips bagi mereka yang nak ke Busan, Korea Selatan.

1) Kalau anda semua dah sampai ke Seoul, alang-alang tu pergilah terus ke Busan. Ada beberapa cara untuk ke Busan dari Seoul, antaranya naik bus. Tapi saya lebih suka naik KTX (keretapi laju) sebab nak ambil feeling “Train to Busan” hahahaa. Naik keretaapi yang paling murah, namanya “Mugungwha”. Harganya kalau tak silap dalam 26,800 Won.

2) Kalau nak kemana-mana, saya sarankan naik Busan Metro (Subway), murah dan senang. Boleh dapatkan Busan Metro map kat internet tapi saya ambil kat metro station kat sana sebab sana nak guna map hardcopy, nak jimat bateri phone lah katakan, hahaha. Lagi mudah kalau anda ada kad T-Money, boleh juga digunakan di Busan. Rate harga kalau sekali naik subway ialah 1,300 Won dan kalau ada transfer station, tambahan charge sebanyak 100 won.

3) Sebelum ke Busan, saya sarankan anda semua booking secara online tempat penginapan sebab takut full terutamanya hari minggu. Tempat penginapan yang ideal bagi backpackers untuk saya ialah “Guesthouse 710 in Haeundae”. Harga yang saya dapat waktu tu ialah 15,000 Won untuk tiga hari dua malam, check in pukul 2 petang. check out 12 tengahari. Bilik air dan tandas kongsi tapi bersih dan selesa. Murah kan? Nak ke sini hanya perlu turun kat Haeundae Stations (Line 2). yang bestnya…..dekat dengan pantai. Peghhhh. Package lengkap lah senang cerita. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh whatsapp kat tukang jaga di sini: +821072006299.

14721647_1112555465448322_7400091343882293690_n

4) Kat stesen yang sama juga (Haeundae), boleh terus ke pantai. Kalau nak tahu Pantai Haeundae ini merupakan pantai yang paling famous kat Korea Selatan dan sangat ramai pengunjung ketika musim panas. Pemandangan kat sini cantik, tak kiralah waktu pagi ataupun malam. Siap boleh main sumo dengan penduduk tempata yang kebetulan waktu tu berlatih sumo. Pelik juga, rupanya ada jugak orang Korea kat Busan ni main sumo kat pantai. Kita pun joinlah nak dapatkan pengalaman, (tapi kalah je setiap pusingan, hah5) Jangan lupa ke Jagalchi Fish Market. Pasar ini merupakan salah satu pasar ikan yang terbesar kat Asia. Semua makanan seafood berkumpul kat sini dan saiznya besar-besar wei, takut pulak menengok harganya, huhuhu. Kalau nak makan sotong hidup yang dipotong, boleh lah ke sini. Semua jenis Kimchi pun ada jual kat sini. Nak ke sini senang je, turun kat Jagalchi station subway (Line 1, Exit 10), kemudian jalan terus 40 meter, kemudain belok kanan di NH Bank, kemudian jalan terus 70 meter dan belok kiri kat Sindonga market. Lepas tu dah boleh nampak Jagalchi market.

6) Tak jauh dari situ ada Gukje market. Gukje market dikenali sebagai Pasar Rakyat Korea Selatan sebab pasar ini merupakan antara pasar yang terbesar kat Korea Selatan dan yang bestnya ada banyak jual cenderamata kat sini. Saiznya 3 kali ganda lebih besar daripada petaling street dan banyak lorong. Sama seperti Zhonglou di Xi’an. Nak ke sini, turun kat Jagalchi station subway (Line 1, exit 7), kemudian jalan kaki terus menuju ke Daecheong-dong dalam 5 minit, dah sampai dah.

2

7) Yongdusan Park (Busan Tower). Menara Yongdusan Park menjadi salah satu tempat daya tarikan pelancongan di Busan. Sangat unik bangunan dan reka bentuk kat sini. Nak ke sini kena turun kat Nampo subway station (Line 1, exit 1), kemudian jalan kaki 200 meter menuju ke Gwangbok-dong Fashion St. dan guna escalator untuk ke Yongdusan Park.

8) Taejongdae, kawasan yang cantik dengan pemandangan laun dari kawasan bukit terutamanya sewaktu matahari terbenam. Nak ke sini kena turun kat Busan Station (Line 1, dan transfer naik bus nombor 66, 88 atau 101.

9)Gamcheon Culture Village. Tak sah kalau datang ke Busan kalau tak ke sini. Gelaran yang diberi bagi kampung ini ialah “Korean Marchu Pichu” sebab sebiji macam Marchu Pichu yang ada kat Peru. Tak rugi datang ke sini. Nak ke sini senang je, turun kat stesen Subway Goejeong Station (Line 1, exit 6), kemudian naik bus tertulis Sakha 1-1 atau 1-1 dan turun kat Gamcheon Elementary School Bus Stop.

14572954_1112546532115882_5092034329797294491_n

10) UN Memorial Cemetery. Kawasan bersejarah kerana disinilah kubur bagi tentera United Nations yang terdiri daripada 11 negara yang terkorban semasa berlangsungnya Perang Korea (1950-1953). Seperti yang kita tahu, semasa Seoul dan bandar-bandar lain ditawan oleh tentera Korea Utara, Busan menjadi kubu terakhir bagi tentera Korea Selatan dan United Nations sebelum mereka dapat mengumpul semula tentera dan membalas serangan Korea Utara selepas itu. Nak ke sini hanya perlu turun kat stesen subway Daeyeon (Line 2, exit 3 atau 5), kemudian jalan kaki selama 10 minit menuju ke Busan Muzium, dan terus sampai ke UN Memorial Cemetery.

11) Untuk pengetahuan semua, dari Busan, anda boleh terus ke Jepun terutamanya wilayah Osaka. Ramai orang naik Feri dan perjalanan mengambil masa 25 jam. Tapi, kalau ribut, ombak besar, mereka akan tutup perkhidmatan sehingga semuanya kembali normal.

Nasihat saya, selalunya berhati-hati dan update dengan cuaca semasa ketika berada di Busan atau sebelum menuju ke Busan.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga dapat memberi sedikit sebanyak info kepada anda semua.

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK KE PHUKET? KAK RARA KONGSI PENGALAMAN TRAVEL SENSORANG DISANA.

DARI PENANG KE KOH LIPE DENGAN KERETA? JOM BACA !