, , , , ,

Wanita Ini Mengembara Ke 7 Negara Eropah Selama 14 Hari Dengan Total Kos RM2889. Ini Caranya

Include flight ticket and hotel

 

Assalamualaikum. Pernah tak anda terfikir untuk ke Eropah tetapi dengan bajet yang rendah? Tiada apa yang mustahil! Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya ke Europah secara backpack selama 14 hari, ke 7 buah negara, dan total bajet saya ialah RM 2889 untuk segala tiket penerbangan, tempat tinggal, makan, segala tambang perjalanan sepanjang di sana.

Antara route / negara yang saya cover sepanjang 14 hari itu ialah :

KLIA2 –> Tehran, Iran –> Athens, Greece –> Istanbul, Turki –> Rome, Italy –> London, United Kingdom –> Amsterdam, Netherlands –> Paris, France –> Tehran, Iran –> KLIA2

Tip 1 : Dapatkan tiket penerbangan murah.

Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM 404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah la, kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain.

Kemudian, saya menggunakan perkhidmatan Kiwi.com untuk membantu saya plan dari satu negara ke negara lain dgn menaiki plane.Dengan menggunakan kiwi.com, saya juga dapat membanding bezakan harga-harga tiket untuk dapatkan tiket penerbangan termurah!

Bagi saya, ini adalah website paling terbaik jikalau anda mahu menerokai Eropah secara penerbangan.

Kiwi.com yang banyak membantu dalam proses saya merangka itinerari

Website ini membolehkan anda untuk plan dari destinasi A –> destinasi B –> destinasi C dan seterusnya dan mengetahui harga tiket penerbangan pada hari yang kita pilih itu.

Sebagai contoh di bawah yang Miszdae cuba survey semasa plan ke Eropah.

Kami hanya menggunakan kiwi.com sebagai rujukan, tetapi selebihnya, kami book melalui website airlines itu sendiri kerana lebih murah dan tiada booking fees.

Semua di atas hanyalah contoh sahaja yang saya ingin tunjukkan tetapi ketika screenshot dilakukan, itu bukanlah plan final kami. Setelah dirancang dengan teliti bersama rakan backpack akhirnya di bawah merupakan final penerbangan yang telah di book :

Jumlah tiket penerbangan RM 1762.88

Tip 2 : Pergi semasa musim sejuk.

Banyak offer tiket penerbangan murah di musim sejuk. Apa yang best, semasa di Turki, penjual-penjual semua melayan kami dengan baik, belanja air, itu ini bagi free gift. Depa kata, waktu musim panas, memang tak akan dapat layanan camni, sebab terlalu ramai orang yang mengunjung di musim panas.

Tip 3 : Gunakan pass sepanjang di sana

Terdapat banyak pass yang disediakan. Antaranya ialah ROMAPASS, atau Istanbulkart, yang membolehkan tiga orang menggunakan kad yang sama sepanjang di sana, Oyster card dan lain-lain. Apa yang best, pass yang disediakan kebiasaannya telah termasuk tempat-tempat menarik di sana, dan juga pengangkutan di sana.

Tip 4 : Tempat penginapan

Sudah tentu tempat penginapan juga memainkan peranan yang penting. Sepanjang di sana, kami banyak menggunakan hostel sahaja. Harga hostel sepanjang di sana adalah sekitar RM 40 – 50 sahaja. Total sepanjang di sana, saya hanya menghabiskan RM 270 untuk tempat penginapan. Terdapat juga hari-hari yang kami tidur di lapangan terbang sahaja, demi jimat.

Antara website yang boleh digunakan untuk menempah bilik ialah

Agoda.com dan Booking.com

Berikut ialah gambar untuk tips 3 dan 4 :

ISTANBUL, TURKEY

Di Istanbul, tiada pass yang Miszdae gunakan, tapi Miszdae sarankan anda untuk membeli IstanbulKart. Apa itu IstanbulKart?

  • Berperanan sebagai TouchNgo seperti di Malaysia
  • Boleh dikongsikan seramai 3 orang menggunakan kad yang sama. Kira boleh pass-pass je selepas digunakan
  • Harga kad ialah 6 TL.
  • Boleh didapati di bahagian Metro di airport.

Tempat penginapan : Artemis Old City, Istanbul

Kelebihan :

  • Murah
  • Bilik double room, siap ada private toilet
  • Terletak di Sultanahmet
  • Berhampiran tram station
  • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi

Boleh book di : Artemis Old City

ATHENS, GREECE

Di Athens, kami tidak menggunakan day pass kerana hostel kami terletak berhampiran tempat-tempat menarik, maka kami bersepakat untuk berjalan kaki sahaja sepanjang di sana.

Namun, kami ada mengambil Mixed tickets untuk memasuki 8 Museums di Athens yang berharga €30 tapi saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil tiket ini kerana Muzium dia lebih kurang sahaja. Tetapi jika anda seorang penggemar muzium, maka digalakkan sama sekali untuk membeli. Pass ini boleh didapati di mana-mana muzium di Athens.

Tempat penginapan : Zeus Hostel

Harga semalam RM 40 seorang

Kelebihan :

  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada locker yang disediakan
  • Terletak di Monastiraki
  • Berhampiran metro station
  • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Acropolis

Boleh book di : Zeus Hostel

ROME, ITALY

Di Rome, kami telah mendapatkan Roma Pass 48 hours yang berharga €28. Kelebihan mengambil pass ini :

  • Boleh naik turun metro sepuas hati selama 48 jam (memandangkan pengangkutan utama di Rome ialah menerusi Metro)
  • Boleh memasuki 1 muzium dan sudah tentu kami memilih Collosseum.
  • Boleh didapatkan di airport, di bahagian Arrivals

Tempat penginapan : Alessandro Palace

Harga semalam RM 45 seorang

Kelebihan :

  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada kitchen, boleh masak
  • Ada locker yang disediakan
  • Berhampiran station Roma Termini Central Station, jadi boleh guna Roma Pass sesuka hati

Boleh book di : Alessandro Palace

Tapi nak cerita je pengalaman sendiri, saya hampir kena seluk semasa di Rome! Nasib handbag berzip, Alhamdulillah, Allah lindung. Saya memang nampak cubaan tangan dia menyeluk bag saya, tetapi bila pandang muka dia, macam muka selamba je tengah pandang depan, tapi tangan tengah buat kerja. Tak tahu lah nape, tapi masa tu tak terfikir nak pegang tangan dia ke apa. Yela, macam panic, benda berlaku depan mata, sampai tak mampu buat apa-apa. Bila saya tengok sekali lagi, dah lesap dah dari pandangan. Memang alhamdulillah, Allah lindung. So di sini nak pesan, kena sentiasa zip bag k!

LONDON, UNITED KINGDOM

Di sini, saya telah mendapatkan Oyster card yang turut berperanan sebagai Touch n Go. Harga kad ini ialah £5.

Kelebihan :

  • Boleh dapat harga lebih murah berbanding beli one way ticket.

Oyster visitor card vs. Oyster card = sama je. Mana-mana boleh

Tempat penginapan : Tumpang rumah kawan for free

AMSTERDAM, NETHERLANDS

Tidak mengambil sebarang pass

Princess Hostel

Harga semalam RM 42.50 seorang

Kelebihan :

  • Murah
  • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
  • Ada kitchen, boleh masak
  • Ada locker yang disediakan
  • Berhampiran tempat-tempat menarik di Amsterdam seperti Hard Rock Cafe Amsterdam, Ripleys Believe it or Not museum, Rijksmuseum di mana ada Iamsterdam dan banyak lagi!

Boleh book di : Princess Hostel

PARIS, FRANCE

 

Membeli one way pass yang dikongsi berdua

Hipotel Hotel

Harga semalam RM 50 seorang

Kelebihan :

  • Murah
  • Berbentuk double bedroom.

Boleh book di : Hipotel Hotel

TEHRAN, IRAN

Tidur di airport sahaja.

Total penginapan : RM 270

Tip 5 : Banyakkan berjalan

Sepanjang di sana, kami memang banyak berjalan kaki, dan menggunakan pengangkutan awam yang dibeli menggunakan one day pass murah. Kami tidak menyewa kereta kerana untuk bajet kecil seperti kami, tambahan pula kami hanya berdua sahaja, jadi tidak berbaloi untuk menyewa kereta

Jadi siapa kata perlukan duit yang banyak untuk ke Europe. Saya sudah buktikannya. Awak sudah tentu juga boleh. Hehe. Untuk ketahui lebih detail, jemput baca blog saya di https://missdae.blogspot.my/2017/03/backpack-to-europe-itinerary-and-budget.html sebab tak tercerita semua di sini 🙂

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Baca juga Pusing 8 Negara Eropah Menggunakan Caravan. Ini Yang Saya Lakukan

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pusing 8 Negara Eropah Bersama Keluarga Dengan Menaiki Caravan. Ini Yang Saya Lakukan

Jelajah Pulau di Lombok Selama 6 Hari Dengan Kos RM 806. Ini itinerari Saya Sepanjang Perjalanan